Wednesday, April 2, 2014

BERSYUKUR


Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Wiwit rindu aku tak? Tak rindu? Ada aku kisah? hahahaha gurau jer... =P Alhamdulillah aku baru menyambut ulang tahun kelahiran yang ke 2*. Tahun ni special sket dari tahun-tahun yang lepas sebab kali ni ada suami di sisi dan kami menyambut di Sabah, honeymoon katakan hehehe 

Syok p sabah... Niat di hati nak update pasal p sabah hari tu tapi nanti la dulu. Postpone lagi, entry kawen pon belum up lagi. Gambar tak dapat lagi la =(

Aku sebenarnya suka cerita pasal PJJ ni almaklum la sekarang ni kebetulan ramai kawan-kawan yang turut sama PJJ. PJJ lain negeri kira ok la lagi, ni lain-lain negeri tapi beruntung la tak keluar dari Semenanjung lagi. Jadi kalau ampa rasa PJJ ni susah, ada orang lagi susah daripada kita bila jarak lagi jauh.

Aku kadang-kadang rasa kesian dengan suami, tambah kawan-kawan rapat dia yang kawin beturut maksudnya lepas sorang, sorang pastu tiba giliran kami plak kena duduk jauh. Selalu la dia ceta kena usik malam jumaat tak balik rumah ker? 

Memang la kita rasa benda tu melawak, tapi dalam hati dia mesti la dia rasa sedih. Bini dok jauh, tak kira la malam jumaat ka malam apa ka, yang tu kita tolak tepi. Persoalannya sekarang JAUH. Tambah bila ada kawan-kawan dia yang isteri dah mengandung. Kita perempuan ni selalunya tak dapat baca hati lelaki. Bila depa sedih, depa bukan nak tunjuk sangat kat kita. Setuju tak?

Kita sebagai isteri mesti dapat merasainya. 

Tapi tak apa anggaplah ini satu ujian. Cuma PJJ ni bila kita ada dengan suami, kita akan guna masa tu sebaiknya. Gaduh pon gaduh-gaduh manja. 

Dan paling aku bersyukur sekali aku dapat mak mentua yang sangat memahami. Walaupun adakalanya aku risau gak penerimaan mentua. Bila kita balik, letih perjalanan naik bus pon tak habis lagi. Kadang-kadang terlelap dalam bilik. Bila terjaga cepat-cepat aku bangun dan keluar bilik walaupun rasa letih tak hilang lagi. Aku tak nak depa anggap aku ni balik ja berkurung dalam bilik sampai tak keluar. Tak apa la berkorban sikit rasa letih tu. 

Baru-baru ni lepas balik hantar suami kat Perlis, pagi esok tu aku siap-siap nak balik Alor Star plak sebab nak ke hospital tengok walid, pagi tu dah siap. Tapi aku terlelap plak. Naik segan juga la dengan mak mentua. Keluar ja terus dia suruh aku makan dulu nasi lemak yang abah beli. Lepas tu aku masuk bilik bersiap nak balik. Masa tu emak dah kalut hidang nasi dekat aku. Rupanya pagi-pagi lagi dia dah kesah masak untuk tengahari nak bagi aku makan dulu.

Walaupun aku kenyang lagi makan nasi lemak, emak suruh makan gak sikit nasi dan lauk yang dia dah masak. Rasa terharu pon ada. Pagi-pagi dah kelam kabut masak awal untuk bagi menantu dia makan. Alhamdulillah besyukur sangat dapat mak mentua yang sangat memahami keadaan anak menantu dia ni. 

Insyaallah kita akan jaga anak dia elok-elok. Akan membahagiakan suamiku ini...



=)



14 comments:

  1. Dugaan.. Kak pun PJJ jugak.. Di hantar seberang laut.. Anak n suami duk Semenanjung.. Huhuhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kesian kat akak.. tu yg saya fikir kalo KL-Perlis dah rasa jauh..ada lagi yg jauh dari kita

      Delete
  2. bertuah dapat MIL yang sporting :D

    ReplyDelete
  3. Cutenya cara awak tulis entri..patut le ramai peminat..take care sis..

    ReplyDelete
  4. boleh phm perasaan org PJJ camna.k.zai wlaupon dok skali rs cam PJJ gak sbb suami ada kt umah kejap2 ja...sobbbbs

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la kak....macam mana pon kena kuatkan semangat

      Delete
  5. Cantikny gmbr....mmg pun...kita mesti slalu bersyukur kan...walaupun hal2 kecil..tu yg membuatkan kita lebih bahagia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah bahagia tu kena cari, dia tak kan datang sendiri

      Delete
  6. Alhamdulilah kami tumpang bahagia untuk ampa :)

    weiii ahad nie ingat nak tgk walid. tapi walid kat sepital kami tak berani nak bawak si kecik tue masuk sepital. takut, huuu. nanti bila walid dah keluar rojer tau

    ReplyDelete
  7. Huhuu..sgt paham perasaan sorg istri berPJJ~sbb kmi pon PJJ lama,smpaikan dr saat mengandung c iman sesorang smpai lepas pantang..Tp skang dh dok skali windu plak saat2 becinta jarak jauh tuh..Sweet~

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe bila duduk jauh lain rasanya, bila duduk sekali lain plak rasanya...

      Delete

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi