Thursday, April 24, 2014

KISAH SERAM MALAM JUMAAT




Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Ekceli kisah yang aku nak cerita ni adalah kisah seram yang aku alami sendiri. Aku ni boleh dikategorikan "berani" dari kecik lagi aku ni jenis tak takut nak mencuba. Lepas tu apa kesan dia sendiri tanggung la =P

So nak dijadikan cerita, masa tu aku sekolah kat teknik di utara ni. Sapa yang dah lama jadi pembaca blog aku tau la aku sekolah mana dulu. Ada satu malam tu aku tak boleh nak tidur. Eh lupa nak habaq katil aku sebelah tingkap. katil plak double decker biasalah asrama kan. Aku duduk bawah salah satu sebabnya sebab kalau duduk atas mata aku suka meliar. Aku jenis suka tengok keliling walaupun takut so pilih duduk bawah.

Ada satu malam tu, aku tak boleh tidur tiba-tiba dengar orang panggil dari luar tingkap. Aku duduk tingkat dua so mustahil gila la kan ada orang belakang tingkap tu. 

"hanis.....hanis......"

Masa tu aku buka mata tiba-tiba eh diam plak. Aku pejam mata balik lepas tu dia panggil lagi, bayangkan la dengan suara gemersiknya.

"hanis.....hanis......"

Arghh sudah...... Terus aku kejut kawan aku. Depa boleh dok pujuk tak ada apa aih perasaan hang ja tu. Padahal aku tahu depa pon cuak gak tu. Lepas tu aku tumpang katil dia sambil tidur peluk Al Quran. Alhamdulillah esok tu memang tak ada gangguan apa dah.

Lepas tu budak dorm aku ada cerita dia nampak orang tidur pakai telekung putih padahal katil tu kosong. Tapi dia ni jenis hati kental juga. So buat tak tau ja. Hahaha...

Aku ni jenis berani, kalau nak terkencing ka kalau hang gerak kawan hang kompom la depa tak bangun, jadi kalau nak terkencing tengah malam memang pasrah ja la p sorang-sorang tandas. Toilet plak hujung bangunan pastu akan melalui 2 bilik prep. So 2,3 pagi ka memang p sorang ja la. Kadang-kadang rasa bebai gak dengan kawan-kawan ni gerak tak bangun. So lantak la janji dapat kencing haha...

Ekceli ada satu lagi cerita tapi nak simpan dulu la... Next time kalau rajin aku cerita.

Dan aku nak buat slot kisah seram la plak. Kalau ampa ada cerita best yang konon seram boleh kongsi dengan aku, aku akan publish dekat blog aku nanti. Boleh email anyss273@gmail.com

Tapi make sure jangan tulis shortform eyh aku ni walaupun muda tak reti nak paham bahasa singkatan ni. hihihi 

#sekian



6 comments:

  1. kalau akak serius dah ketaq lutut dan tak boleh tidur dah...

    ReplyDelete
  2. klau dok asrama mmg la akan ada gak crita2 seram ckit...ms zmn kak pakat kena histeria

    ReplyDelete
  3. Alhamdulilah kami tak pernah kena, sebab kami kurang berani bab2 nie huuu

    ReplyDelete
  4. suara dari langit kot.. hahahahaha.. ada putera bunian datang melamar..

    ReplyDelete
  5. selalu dengar kisah seram kat asrama mana2 pon. tapi saya belum pernah mengalami kejadian aneh..

    ReplyDelete
  6. seram lah main panggil2 nama ni..huhuhuhu!

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi