Thursday, April 3, 2014

REVIEW 1: HONEYMOON KE KOTA KINABALU, SABAH


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Haluuu cheq baru balik dari honeymoon dengan suami di Sabah. Ciwi sangat aihh hahaha... Moh baca pengalaman kami di Sabah. Aku booking tiket flight dan Hotel dah lama dah dari tahun lepas lagi masa tu baru tunang kot kalau tak silap. Ke sebelum tunang eyh? Rasanya lepas tunang.

Masa tu tanya bakal Suami nanti nak p Sabah tak? Lepas tu dia macam berdolak dalik lagi nak p ka tak mau p. Kebetulan Air Asia buat promosi, aku tanya dia lagi nak p Sabah ka tak, bila dia kata ikut la... Terus aku booking. Mula la survey hotel-hotel mana yang kami duduk sesuai la dengan bajet kami yang kecik ni. Honeymoon bajet katanya. 

Aku dengan suami aku berbeza sikit, aku ni jenis kaki berjalan, suami plak jenis tak suka sangat. Jadi macam mana pon nak kena bagi suami suka berjalan juga hahaha.. Jadi travel ke Sabah ni adalah satu permulaan untuk dia. Yela membesar, sekolah, kerja semua kat Perlis, bila dah kahwin dengan aku yang kaki berjalan ni baru nampak dunia sikit hahaha

Aku plan 4 hari 3 malam ke Sabah. Plan dua malam di Kota Kinabalu dan satu malam di Kundasang. 

Malam sebelum kami bertolak tu, kami sewa MYHOME dekat Sri Rampai. Area rumah aku juga la. Rate RM70 sebab dapat rate government. Tapi kecik. Jadi la sebab nak tidur kejap jer. So dalam pukul 5 pagi tu dah siap-siap dalam pukul 6 lebih kami bertolak ke LRT Sri Rampai. Sampai KL Sentral terus ke kaunter tiket ERL. Rancang tu nak naik bus tapi dah menurut penjaga kaunter ERL, ERL lagi cepat sampai sebab kalau naik bus kena mengadap Jammed lagi.

Dalam 40 minit naik ERL dari KL SENTRAL-SALAK TINGGI. Kemudian amik Shuttle Bus ke LCCT. 20 minit dah sampai LCCT. Terus Check In dekat mesin Self Check-In. Breakfast dulu kemudian naik "Belon" jam 11.05 am. Kami masuk kul 9 lebih macam tu untuk masukkan luggage. 

Mula tu debor la juga sebab first time nak naik flight. Tapi jadi syok plak hahaha... Aku duduk tepi tingkap so memang nampak Sayap Flight. So Snap la gambar. Aktiviti wajib kalau naik flight katakan hahaha...








Tido dah cheq abe ni... Letih sebab kena bangun awal sangat. (tempat dah bertukar masa aku ke toilet)


Sampai KK dalam pukul 1.55 PM. Tunggu kereta sewa datang. Sempat la makan KFC dulu sebab lapor sangat. Sewa keta VIVA jer... RM100 sehari tapi dapat RM90 sebab amik 3 hari. Masa nak bayar dia kurangkan lagi jadi RM260 sebab kereta kotor katanya hahaha... Rezeki kami alhamdulillah. Puas hati la dengan kereta viva tu. Kereta baru, memang sedap la bawa. Kalau ada yang nak sewa kereta boleh contact Nik Azlan- 0195851031

Malam tu lepas magrib, kami ke Borneo Mall, Tune hotel ni kira bersebelahan dengan Borneo Mall atau lebih tepat satu bangunan. Nak dijadikan cerita sahabat baik aku dari waktu sekolah dulu, yang menggila sekali,  yang pernah bersusah senang sama-sama waktu sekolah dulu rumah dia atas Borneo Mall tu. So jumpa kejap kat Giant. Anak pon dah masuk 2. Rindu wooo kat dia. 



Kebetulan kami nak keluar makan dia suggest makan dekat Gayang Seafood. Aku dengan laki dengan berpandukan Waze pon keluar la mencari sesuap nasi. Tapi Waze wat gila dekat kami. Bawa masuk hutan mana tah. Dah la jalan tuaran tu gelap gelita. Memang cuak la laki bini. Dia bawa masuk lombong mana tah. Nasib la aku ni tak lurus kalau ikut tu siap terfikir maybe restoran ni duduk dalam sikit kot hahaha.. Senget kepala hotak aku ni. Laki aku masa tu dah nak naik angin dah. Yela nak sangat makan kat situ sekali entah jalan mana dia bawa. 

Masa patah balik, OTW balik tu baru nampak Signboard Gayang Seafood. Sekali dah terlepas masa datang tadi. Aiyak. Macam mana boleh tak perasan. (spek tak bawa macam mana nak nampak) -_-"

Order Ketam Bakau masak cili. Harga dia setengah kilo RM 30, Sayur kailan goreng ikan masin RM 10 sepinggan, Udang masak butter RM 30 untuk setengah kilo. Memang kena order macam tu. Dia kira kilo. 


Ketam masak cili memang terbaikkkkkk



Udang Masak Butter Kering


Mabelesss memang sedap. Ketam dia perghhh sampai sekarang dok teringat lagi. Udang ja makan tak habis sebab sampai lewat. Elok nasi pon dah habis dah. So tapau bawa balik hotel jer. Setengah kilo makan udang berdua memang tak habis la huhuhu...



Kalau nak makan belut pon ada..



Lepas kenyang makan, kami p bandar KK sebab rasa macam awal lagi. Misi mencari Kuih cincin dan amplang. So pergi dekat Pasar Filipine. Masa tu banyak dah kedai tutup. Tiba-tiba jumpa satu kedai ni Kak Mina nama dia. Dapat la harga murah sikit sebab beli banyak pastu dia suggest dekat kami Bot ke Pulau Manukan sebab aku ada bagitau nak ke Pulau Manukan pulak esok tu. RM30 sorang kalau naik bot. Dia kata bapa dia ada buat sewa bot.

Janji pukul 10.00 tapi pukul 11 pagi baru kami sampai. Hewhew... Jalan Jammed =P. Lepas tu dia amik RM20 sorang untuk snorkeling. Tapi masa nak turun bot tu pemandu bot tu tanya sapa nak snorkeling RM10. Jadi aku nasihatkan sebelum naik bot tu ampa just bayar duit bot jer. Masa dah sampai Manukan baru amik pakej peralatan snorkeling.

Contact kak Mina- 014-5511414 deal dengan Kak Mina pukul berapa nak naik bot. So naik dekat Bulatan yang ada Ikan Todak





Cuma nak ke sana memang sakit pungkok la atas bot tu. Bot laju pastu ombak macam kuat asyik terlompat-lompat ja. Tapi seronok hahahaha....Bila sampai di Pulau Manukan rasa wahhhhhhhhh




Cantik gila pemandangan.





Via Monopod

Malam tu keluar makan dengan Adila dan family. 

Sahabat selamanya =)



Ni baru part 1. Rasa lelah dah nak menulis hahaha... Nanti aku sambung lagi pasal honeymoon kami di Sabah ni.. 

#kbai



9 comments:

  1. syioknye! mesti cantik kan pulau manukan tu :)

    ReplyDelete
  2. Wah...mcm best! Plan memang nk g honeymoon sabah gak..tp kena survey2 dulu ni...

    ReplyDelete
  3. perghh mcm sedap je mkn seafodd kat sabah!!

    ReplyDelete
  4. syoknya p Sabah...kak pon suka dok tepi tingkap ms nek flight.nk tgk sayap n awan gula2 kapas :)

    ReplyDelete
  5. best la p honey bulan sabahhhhhhhhhhhh

    ReplyDelete
  6. best kan sabah. teringin nak p lagi.jangan lupa letak pic hotel n kereta sama.nak tengok.harga macam ok kan :)

    ReplyDelete
  7. welcome to Sabah. hehe nanti jalan2 lah pulak pergi Kundasang ;)

    ReplyDelete
  8. kami nak pi pulau manukan aritu. tapi satu pasal kami demam xlarat sangat. duanya pasal hujan lebat. tak dapat nak pi. insyaAllah satu hari nanti kot

    ReplyDelete
  9. Nak tanya, sekarang nie kalau nak pergi sabah kena buat visa ke? tq

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi