Thursday, April 10, 2014

REVIEW HOTEL DI KOTA KINABALU, SABAH



Assalamualaikum dan salam sejahtera

Sebelum aku pergi ke Sabah opkos la antara salah satu ciri yang penting adalah mencari hotel. Setelah baca review di blog-blog macam ampa baca sekarang akhirnya aku memilih One Borneo Tune Hotel dan J-Residence. 


TUNE HOTEL KOTA KINABALU

Malam pertama dan kedua adalah di Tune Hotel One Borneo. Masa aku survey tanya kawan-kawan yang duduk Sabah dan pernah ke Sabah, diorang kata hotel ni jauh. Tapi bagi aku ok jer.. Tak la jauh mana sebab pemandangan di tepi jalan buat kita leka. OTW ke sana akan lalu persisiran pantai lebih kurang macam dekat area Queensbay dan Seagate. So kalau nak berhenti amik angin pantai pon OK.

Kalau duduk area bandar KK aku rasa lagi serabut sebab banyak kenderaan. Kelemahan nak ke Tune Hotel ni satu jer kalau masa tak kena kita akan terperangkap dalam jammed tapi still bergerak la. Maybe sebab time aku pergi tu memang cuti sekolah dan juga hari kerja. 

Memang puas hati la dengan Tune hotel ni. Tak ada la kecik sangat. Cuma time housekeeping jer macam tak kena. Waktu petang time aku dengan suami dok berehat dia datang ketuk pintu tanya nak ke tak. Aku suruh dia amik sampah dan sapu jer la rambut yang berguguran hahaha...

Gambar bilik tak sempat snap sebab sampai jer keluar kan barang-barang jadi kalau amik gambar nampak barang kami jer so tak payah snap huhuhu...

Harga bilik pulak RM 110 aku hanya amik aircond 12 jam dan toileteries. RM 110 untuk 2 malam. murah sangat dah tu. Sesuai untuk bajet kecik. 

Dan yang bestnya dia berkembar dengan One Borneo Mall. So malam tu pergi Giant jumpa sahabat baik aku yang tinggal dekat Tower B One Borneo. Kat semenanjung tak jumpa kat Sabah plak jumpa. Tu pon kebetulan dapat tau dia dok Sabah, skali aku bagitau duduk Tune Hotel memang dekat la dengan dia. =)

Apa yang tak best:

Bilik ni panas kalau buka kipas sahaja. Nasib baik amik aircond. Kalau kedekut sangat memang berpanas la gamaknya. So jangan kedekut dan pandai-pandai la jimat penggunaan aircond. =P



J-RESIDENCE

Hotel kedua yang dipilih adalah J-Residence di Kundasang. Dalam 300 meter ke Kinabalu Park. Memang dekat sangat. Suasana kat sini sejuk gilerrr... Malam-malam tidur siap lapik 2 selimut lagi dan berlengan kan laki #ehhh =P. Laki aku lagi la menggigil dah la spesis cekeding hahaha.....

Aku amik house 1 sebab rasa privasi sikit. Nama pon honeymoon kan hahaha... Kalau house 2 berkembar lebih sesuai dengan yang datang 2 atau 3 buah family sebab dia satu balcony. Kalau nak tau lebih lanjut boleh ke web: J.Residence

Rate plak aku dapat RM 88 semalam sebab datang time weekdays.

Ni antara suasana di House 1. 


Sebelum katil menjadi satu hihihi...



Layan DVD jer sebelum tidur


Siap ada balcony kecik. Udara sini memang nyaman. Yela kaki Gunung Kinabalu kan ;)



Pemandangan kat luar




Kemudahan yang disediakan adalah:
  • Hot Shower
  • Summer House (Multi-pupose Area)
  • LCD TV with DVD Player
  • House keeping service
Apa yang tak best:

Bau dari bilik ni agak kuat, ye la diperbuat daripada kayu so memang ada bau sikit la. Tapi tak la ketara sangat. Diorang pun ada letak air-freshner Dan bila malam macam-macam bunyi ada maybe sebab kayu yang mengembang bila malam. Cuma agak seram juga la hahaha... Laki bini macam tercengang juga bila dengar bunyi gitu huhuhu. Selain itu jalan time nak turun memang agak tinggi so memang berdoa la kereta viva tak buat hal hihihi... Yang lain semua terbaik. 

Jadi aku suggest la 2 hotel ni untuk ampa try terutamanya yang bajet kecik macam aku hehehe... Hotel dah review nanti aku review kereta sewa plak. 




15 comments:

  1. Tune hotel tu jns yg sama mcm smnajung ka,yg air asia pnya? kalo sama mmg murah laaaa!!!

    hotel sana mmg murah ka? teruja plk haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg semenanjung tak pernah masuk...cuma pernah dengar tune kat semenanjung macam kecik sket tapi kat KK mmg besar..

      Delete
  2. KK memang jammed. kami dlu pun bersabar jela. dah la dari satu ke satu tempat tue makan berjam baru sampai. walaupun pergi seminggu tapi tak banyak tempat boleh pegi sebab jarak dan perjalanan yang agak jauh.

    dari kundasang ke KK pun dua jam. campur pegi balik mau tak keras montot huuu. duduk kat kaki dia memang sejuk gileerrrrrrr pasal tue badan xleh terima. nak2 pulak masa tue baru lepas bersalin. nguuuuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kami kira ok lagi badan byk lemak hahaha

      abe rul tak leh trima sbb xcukup lemak haha

      Delete
  3. lawa gak bilik tu kan...ermmmm bila la nk p ~

    ReplyDelete
  4. Haah, hotel tune tu kecik ja kan? Tp, mmg save bajet ar. Kalau malam2 rasa bosan, boleh pg panggung tgk wayang..dekat ja.kat tingkat 3. Selamat ja nak balik hotel tune sb dlm 1 bangunan yg sama :')

    ReplyDelete
    Replies
    1. tingkat 2 ke 3? rasa macam 2 hahaha..ada lalu gak masa nak ke tower B..

      kecik tp selesa..=)

      Delete
  5. wahh mesti seronok kan kat situ...nampak tenang je tempatnya :-)

    ReplyDelete
  6. Dulu lain, sekarang lain
    Dulu sorang, skrg dah kahwin
    Lama tak berziarah
    Alhamdulillah GKSB kita dah berubah status
    Alhamdulillah, syaitan2 semua menangis guling2 kat lantai


    Cantik sungguh pemandangan di sana
    Saya belum kesampaian lagi
    Selamat menjadi isteri yg solehah

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe terima kasih..

      cepat jer masa berlalu skali dh jadi bini org =P

      Delete
  7. macam best plak hotel j residence tu.
    3 tahun kat sabah tak pernah plak pergi hotel tu tapi kalau tune hotel memang hari-hari lalu ikut situ

    ReplyDelete
  8. Excellent article. Very interesting to read. I really love to read such a nice article. Thanks! keep rocking.

    ReplyDelete
  9. salam sis J residence dr pekan ranau dekat tak

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi