Friday, May 30, 2014

MC 2 HARI

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hari ni buat pertama kalinya dalam sejarah Perkahwinan aku dapat Salam suami dan hantar suami sampai muka pintu. Subhanallah nikmat rasanya sebab benda-benda kecik macam ni bg mereka yang PJJ merupakan perkara yang besar dalam hidup mereka.

Mereka yang dapat Salam dan cium tangan suami setiap hari sangat beruntung. Tapi alangkah ruginya mereka yang dapat buat macam tu setiap hari tapi tak buat. Ayok Mulakan langkah pertama. 


En suami tengah bersiap nak pergi kerja. M


Agaknya ni hikmah aku sakit. Semalam doctor bagi MC  2 hari. Terus fikir nak balik ke tak sebab tiket dah beli untuk hari jumaat. Call tanya kaunter tiket dia kata boleh tukar tapi kena Bayar Rm 2 jer. Terus siap-siap pergi jalan duta.

Sampai sana tiket awal dah habis tinggal pukul 6.30 ptg jer. Masa bas 4.15 sampai aku doa ada kosong seat supaya aku boleh naik dulu. Alhamdulillah ada seat single kosong. Rezeki aku Syukur...

Tapi sampai ja kangar turun bas terus muntah. Tak nyempat2 nak cari port. Longkang pon jadi. Suami sampai ja tgk bini dah lembik. 

Sampai umah dia pegi dapur buat kan roti sapu marjerin gula,tapi aku memang tak makan silap2 boleh muntah lagi. Cian laki aku semangat bawa masuk bilik tapi bini dia tak makan. Masa nak tdo dok dengar aku mengaduh sebab perut dah pedih dia paksa aku Bangun gak makan.

Suami buatkan milo, cicah biskut 2 keping Alhamdulillah dah ok sket. Syukur da suami macam ni. Bila duduk jauh dia tak dapat jaga bila bini depan mata tu yang dia buat sehabis baik. Harap2 penantian kami PJJ akan berakhir tak lama lagi insyaallah  


6 comments:

  1. memang beruntung dpt salam ngn suami hari-hari kan...semoga apa yang dihajati tercapai...amin...

    ReplyDelete
  2. kami kalo meloya suka makan roti planta tabur gula....nie pn dok rasa mcm nk try tabur milo plak...mmmm

    ReplyDelete
  3. nasib baik la ade die jagekn... pyh nye duduk jauh2 ni kn

    ReplyDelete
  4. pregnant ke?tahniah2 :) jaga diri baik2.

    ReplyDelete
  5. kami memahami sebab pernah rasa perasaan tue, perasaan hari pertama buat bekpes kat dia, sayu je rasa ;((((

    ReplyDelete
  6. yeke.. aduh.. rasa macam diri bertuah pulak dapat salam hubby hari2.. hemm.. tabah yea cik GKSB..

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi