Friday, May 23, 2014

SUBJEK STPM DAN TIPS BELAJAR DI TINGKATAN 6


Assalamualaikum..

Aku dapat soalan sebulan yang lepas tapi hari ni baru nak jawab ampunnn dik.... Ni soalan dia. 



SUBJEK STPM

Meh akak nak jawab yer... Tapi bahasa kan diri aku jer la eyh sebab senang sikit taip =P. STPM ni ada 2 aliran, satu aliran sains, satu lagi sastera. Kalau sains tahu saja la subjek killer punya selalunya ramai chinese yang akan amik aliran ni dan jangan tak tahu kebanyakan chinese lagi suka sambung STPM. Masa STPM aku amik aliran sastera, subjek Geografi, Pengajian AM (Wajib lulus), Sejarah dan Bahasa Melayu. 

Tengok subjek macam senang ja kan? Tapi ampa tahu tak STPM adalah peperiksaan paling susah di dunia. Pernah dengar tak? Ni la yang aku dengar dulu . 4 subjek jer aku amik tapi 1 subjek tu akan pecah kepada 2 paper. Jadi akan ada Geografi 1, Geografi 2. Sebagai contoh Sejarah 1 dan sejarah 2. Sejarah 1 pasal Tamadun Islam manakala Sejarah 2 pasal sejarah Malaysia ha macam tu serba sedikit mengenai paper dalam STPM. 

Sebenarnya tak ada la susah mana STPM ni. Macam aku masa memula memang aku pon malas gak tapi bila aku fikir SPM aku result macam apa lagi sebab aku amik aliran science yang mana memang aku tak minat so result Biologi, ADD Math, fizik, kimia, tu semua setakat lulus jer la. Result yang lain siap A1 B3 hahaha tapi hampeh juga sebab subjek tu semua mencacatkan result aku. T_T. 

Tapi bila amik STPM ni aku kena cari sesuatu yang boleh jadi pemangkin untuk aku lebih berusaha. Subjek yang aku amik plak memang aku minat jadi tak ada alasan lagi. Cara nak naikkan semangat aku balik, aku jadikan kawan aku sebagai pesaing dalam pelajaran. Memang kami bersaing secara sihat. Kalau dia lebih dari aku, aku akan pulun buat sampai aku lebih dari dia macam tu la kami buat sampai result STPM kami keluar.


Pinjam pakcik google punya


TIPS BELAJAR?

Tips belajar tu aku rasa ikut kepada keselesaan masing-masing. Ada lebih senang belajar waktu pagi, ada yang suka belajar waktu malam. Macam aku, aku tak ada masa tetap. Kalau aku rasa nak study aku study kalau tak umi dan walid paksa study pon memang aku tak buat la. Tapi kita kena cari dan tahu waktu mana yang kita senang nak belajar dan ulangkaji.

Kalau kat sekolah tu, cikgu akan tanya soalan dan beri latihan. Aku akan pulun buat dan jadi orang pertama yang angkat tangan. Aku juga orang yang suka bertanya dalam kelas walaupun duduk belakang sekali dalam kelas. Biar la kawan kita rasa kita ni banyak tanya asal kita paham sudah. Nanti nak menjawab kita, jadi pastikan ampa paham betul-betul kalau tak paham tanya cikgu. 

Kalau dalam geografi cikgu Tan suka suruh kami lukis graf, kelok tak kelok suma benda alah tu kan. Aku tak minat sangat nak lukis-lukis ni tapi sebab aku tahu aku ni lembab sikit bab ni aku suka tanya kawan aku yang pandai pasal ni. Alih-alih aku lagi pandai hahaha #kbai

Yang penting jangan malas la dan rajin berusaha. Macam Sejarah 2 aku minat dan aku antara pelajar yang aktif dalam kelas. Jadi kita kena jadi pelajar yang aktif bukannya pasif. 

Nota Kecil

Ok kalau dalam sejarah banyak fakta dan tarikh yang kita kena ingat. Jadi sediakan nota kecil. Selalunya aku amik kertas Kajang tu Lipat 2, kemudian guna pen 3 warna ja Merah, Hitam dan Biru. Kalau pen warna warni aku jadi serabut. 3 warna tu jadi la. Buat nota kita sendiri yang boleh kita senang ingat. Macam aku kalau baca saja memang tak ingat tapi aku jenis baca sambil tulis.

Baca sambil tulis lagi cepat ingat. Kalau tak percaya cuba la. Ataupon guna kreativiti ampa sendiri macam mana nak buat. Kalau dalam sains dulu aku lukis pokok kemudian kat dahan dia tulis fakta yang kita ingat contohnya macam tu la. 

Pendek kata belajar kat mana pon kalau kita buat betul-betul insyaallah kita akan berjaya. Jadi jangan anggap kegagalan semalam sebagai punca kegagalan masa depan kita. 

Dalam entry sebelum ni aku ada kongsi kan Tips Menentukan Hala Tuju Selepas SPM dan STPM.  Jemput baca juga. 

12 comments:

  1. kami pun pelajar STPM dulu..kami aliran sains..susah nak mampuih..sob2..

    aliran sains ke, sastera ke, sama-sama je susah nye kalau STPM..mmg kena struggle belajar..cikgu pun takkan suap semua..macam belajar kat U jugak..kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau nk amik medic 4 degree nnti. Alirn sn wajib sbjk apa? Dan brpa byk? Boleh bgi tips x utk bljr stpm 4 alrn sn ni?

      Delete
  2. Fiza dulu sempat belajar lah juga 2 bulan stpm..pastu give up. Masuk Poli ambik Diploma. heheee

    ReplyDelete
  3. Untunglah sape yang amek STPM full time. Saya dulu malam kerja 7e which I request nak shift malam je. Siang g kelas. Tapi tak sempat habis dapat kerja kat KL. N last-last, here I am..KL.

    ReplyDelete
  4. Kami xsambung stpm pasal tau masa tue xminat nk smbung blaja. Buat nya nt tertonggeng xpasalll

    ReplyDelete
  5. PENGAJIAN AM TU MACAM MANE? BELAJAR APE JEA?

    ReplyDelete
  6. PENGAJIAN AM TU APE? SUBJEK TU BELAJAR APE JEA? SUSAH TAK? HEHE

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kedaulatan negara,tadbir urus,etc sape Nak jadi law senanglah.

      Delete
  7. english banyak digunakan ke dalam stpm ...or ade gune bm and bi...

    ReplyDelete
  8. Nak suggestion akak, camne nak score pengajian am?

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi