Tuesday, June 10, 2014

RESEPI TWISTIES LAKSA


Assalamualaikum... 

Baru-baru aku saja la try buat resepi twisties laksa. Siap buat kursus lagi untuk klien aku.  Jadi first time cuba dan alhamdulillah menjadi.





Kalau nak cuba juga ni aku kongsikan resepi twistie Laksa yang aku buat hari tu. 


RESEPI TWISTIE LAKSA 

~ 1 bungkus laksa kering (pilih yang kecik) aku guna jenama EKA
~ minyak masak

Untuk Bahan perasa **


~5 sudu besar serbuk kari @secukup rasa. (kalau nak pedas letak la banyak sikit)
~nestum 5 sudu besar.
~2 sudu besar gula
~1 sudu teh garam / secukup rasa (try ejas sampai puas hati)
(** Blender suma sekali)

Cara nak buat
1. Patah-patahkan laksa kecil-kecil. Tak perlu rendam.
2. Goreng sampai kekuningan dan toskan minyak. Tunggu sampai dah sejuk sikit.
3. Gaulkan laksa yang dah digoreng dengan perencah untuk bahan perasa. Letak dalam bekas @ periuk kemudian tudung dan shake bekas tersebut.

Petua: Bila dah gaul kadang2 perasa akan jadi kurang masin so try ejas garam dalam bahan blender tadi untuk lagi sedap.

Iolss tak guna ajinomoto. Juga boleh tambah kiub knorr dalam bahan untuk blender tadi.

~Selamat mencuba


7 comments:

  1. first time tgk twisties laksa nie...macam nak buat je rsnya.. :-)

    ReplyDelete
  2. Nanti anak dah besar boleh mintak mummy buat kan jajan tuk dia :p

    ReplyDelete
  3. wah...kalau tak bgitau laksa, memang tak perasan pun..

    ReplyDelete
  4. jiran kita ada juga buat bisnes ni, dh lama dh..

    ReplyDelete
  5. nak resepi mee yg dalam instagram tu sekali k ;)

    ReplyDelete
  6. Nanti nak try.. resepi dah ushar ;D

    ReplyDelete
  7. Wah...menariknya...nk try jugalah nnti ni..xpernahtau pun..

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi