Wednesday, July 2, 2014

BATU KARANG



Assalamualaikum... 

Phewwww.... Baru-baru ni aku disahkan kena batu karang. Sakitnya Masyaallah orang yang pernah kena je tahu macam mana rasa sakit batu karang ni. Sampai demam-demam aku kena. Badan panas tapi menggigil sejuk.

Dengan keadaan kesihatan yang tak mengizinkan, aku pon amik cuti lebih sket untuk berpuasa di kampung dah alang-alang kita tak sihat apa salahnya cuti lebih sket. Tapi Ramadhan pertama dah kejut suami pergi hospital. Menangis sakan sebab sakit, agaknya suami pon dah tak sanggup tengok isteri dah macam apa dah menangis bawa gak ke Hospital Sultanah Bahiyah terus ke Emergency kebetulan plak hari tu memang cuti umum bagi Kedah.

Sampai sana doc tanya sakit tahap mana dari skala 10, sakit aku tahap 8. Sakit sangat maknanya tu. Terus dapat injection tahan sakit kat montot. Lepas tu masuk jumpa Doktor, buat X-Ray. Sebelum buat XRAY doc buat pregnant test dulu bagi make sure aku tak mengandung. Settle suma masuk jumpa doc plak. Melalui PC dia, dia tunjuk gambar xray, nampaknya batu dah turun bawah berbanding sebelumnya dok dekat bahagian pinggang.




Sekarang ni tengah tunggu appointment untuk CT Scan plak. Aku ada dua appointment satu HKL, so tengok yang mana dulu... =)  Harap-harap batu ni boleh keluar cepat. Tak perlu nak opperate.


CARA NAK ELAK BATU KARANG

  • Minum air masak dengan banyak
  • Jangan tahan kencing (kadang-kadang terpaksa tahan kalau perjalanan jauh membabitkan kenderaan awam)
  • Jangan minum air berkarbonat atau pun yang manis dan mengandungi kalsium. Adakalanya puncanya sebab terlebih kalsium.
  • Banyak makan buah-buahan dan sayur-sayuran (aku jarang selalu gantikan dengan air buah)
  • Kurangkan minum susu

PETUA 

Ada yang suggest amik nenas batu dan blender kemudian minum. Aku dah try tapi nenas batu ni kecik ya amat dan susah nak jumpa. Nasib baik kebetulan walid aku tanam tu pon kecik dan dapat air sikit sangat. 

Kalau ada yang nak suggest petua lagi silakan... 



8 comments:

  1. ;(((((( semalam mama tanya pasal ampa. mama kata sian kt ampa huuuuuu

    nanti kalau kami dapat pape petua lagi kami share dgn ampa ek

    baru tau kalau terlebih kalsium blh jadi batu jugak. susah jugak ek

    ReplyDelete
  2. kena kencing kotor n da seksa tahan sakit..tak leh bayang ampa yg kena batu karang..apapun sabarlah sakit tu penghapus dosa2 kecik ~ insyaAllah lepas baik dr sakit mesti Allah hadiahkn ampa dengan hadiah paling indah dlm idup....sebagai balasan ampa sabar dengan ujian dr Dia

    ReplyDelete
  3. Sakitnya..take care yer..saya ni selalu tahan kencing kadang2 sebab malas nak p toilet T__T

    ReplyDelete
  4. Ya Allah...
    Semoga cepat sembuh ye..

    ReplyDelete
  5. Kesian kat kamu...semoga cepat sembuh..hrp2 xperlulah operate...take care ye..

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi