Wednesday, August 6, 2014

RAYA SEBAGAI ISTERI DI TAHUN 2014


Assalamualaikum...

Perghhh 3 minggu tak update blog... Nama ja blogger tapi malas update.. Ampun yer....

Kali ni aku nak share la sikit suasana raya pertama kali jadi isteri orang ni... Tahun ni plak giliran kampung suami so kita follow jer la. Agak mendukacitakan la sebab suami just dapat cuti 2 hari jer sedangkan aku pulun cuti start 27hb - 3.08.14.. So petang raya dah gerak balik Kedah.


Raya pertama

Suami pergi solat sunat hari raya.. Aku siap apa yang patut sebab lepas solat sunat semua family mentua akan ke rumah tok dan tok wan. Bila depa balik ja dari solat sunat, mula la sesi bermaafan. Tapi aku dengan suami salam dalam bilik ja... Sambil pegang tangan salam sambil tersengih-sengih sebab dedua malu-malu kucing nak salam hahaha...

Lepas tu mula la sesi bermaafan, rasa susah gak nak luahkan sebab dah sebak... Ayaq mata bergenang ja.. Suami dok tersengih-sengih lepas tu dedua sengih keh3... Sampai sana MIL buat SOTO, memang ramai sanak saudara depa yang datang menziarah... Almaklum la ada lagi orang-orang tua. 

Nak dijadikan cerita, sepatutnya aku pakai baju nikah haritu untuk baju raya tapi tertinggal plak kat aloq staq. Nasib la ada spare gak baju lain. Jadi warna memang tak sama la kami dedua. Gambar raya pon tak ada sebab kelam kabut nak p umah tok dan wan. Yang ada pic selfie macam kat bawah ni tu pon dah petang baru nak amik. 



Petang raya balik ke Yan. Sampai sana dah kul 9 malam dah. Rileks sat p beraya umah sedara. Hentam nasi tomato dengan ayam masak merah. Sampai bertambah kami laki bini. Lapaq sangat agaknya kot hahaha... Lepas tu balik tidoq sebab letih drive. Drive berganti-ganti gitewww...


Raya Kedua

Raya kedua pergi beraya rumah adik beradik aku... Memang agak kelam kabut gak la sebab nak balik Perlis plak lepas tu. Suami dah keja esoknya. Sempat juga ziarah Mak Njang yang sakit. Masa entry ni ditulis Mak Njang dah meninggal dunia. Sakit Leukimia tahap akhir. Bila dapat tau dah terlambat. Dia meninggal lepas 4 hari masuk hospital. Alfatihah untuk Ku Rodhiah... =,(

Memang raya tahun ni rasa macam tak berapa nak meriah dan seronok sebab macam terkejar ke sana ke sini... Nak pergi rumah kawan-kawan pon tak sempat. Bila dah ada suami ni lagi la. Dapat plak suami yang jenis tak berapa rajin berjalan pastu terpaksa kerja plak raya ketiga memang nganga saja la kat rumah. 



Sebelum balik Perlis bergambar dulu. Pic baju raya memang tak ada. Yang ni ja yang ada. Raya ketiga p rumah tok dan wan sebab depa nak buat makan-makan. 4 ekor ayam depa sembelih wat gulai. Aku buat triffle jer untuk makan-makan. Tu pon jenuh cari fruit cocktail tapi semua ada tanda halal yang meragukan. Beli jer sumi jelly ni buat hiasan.  Ini la hasilnya...


belemoih plak acuan dengan kastard huhu... 

Memang cepat jer habis. Aku kurangkan gula sebab depa kat sini tak suka manis-manis sangat. Choclate Nips sebagai hiasan tu pon dah ok da sebab ada rasa cokelat gak. Sehari aku minum ais sambung ke malam sebab sebelah rumah ada BBQ...

Esok tu demam. Terlantar atas katil. Tak lalu makan nasi sebab tekak pon dah sakit, Jenuh kena paksa makan tu pon roti ja aku boleh telan. Berkurung dalam bilik sampai ke malam. Memang betul-betul tak larat. Alhamdulillah esok tu aku dah ok sket. Tolong mak masak, jamu laki balik kerja tengahari tu makan. Esok tu balik AS.

Ahad petang balik KL, tumpang adik aku. Esok kerja.. Itu jer aktiviti raya aku yang sederhana. =)




Jemput follow aku di Instagram @hanismaneh 

#Prayforgaza




8 comments:

  1. memahami perasaan bila trkejar sehari ke sana sehari ke sini...letih kot jalan yg banyak sebenarnya..trkejar selang selang lg teruk brbanding dgn trkejar hujung minggu....

    selamat ari raya gk mintak maaf salah silap prbuatan percakapa & apa2 ja la sepanjang kita kenal

    ReplyDelete
  2. secara jujurnya konsep yang ampa buat ni memang meletihkan. bukanlah kami nk kondem tapi sebab jarak ampa. perlis-a.s tu jauhhhhhh. mcm kawan kami pun taun lpas dia baru kawen. tikam batu-a.s jadi kalut. raya pun jadi xbest sebab masa kita byk habis atas jalan. dengan kos perjalanan lagi.

    katanya taun ni dia berkorban. raya umh mentua dulu pastu raya kedua baru blk umh mak sendiri smpi habis cuti. dan la jugak nak berjalan ke mana sebab dia duduk a.s. emosi fizikal pun tak letih.

    tapi macam azrul sebab cuti pun dua hari. jenuh jugak la nak plannya pun nguuuu. takpe lepas ni boleh belajar byk benda. baru kawen kan, baru je nak lalui fasa hidup yang baru ;)

    ReplyDelete
  3. bl dh kawen camgitu la.nk2 kmpg x jauh sgt leh travel hari2.kena pndai manage time nk bg sm adil.tu yg kelam kabut

    ReplyDelete
  4. mcm mn nk gamaknya nk beraya ngan mertua nnt. apa nk buat ye..

    suspen.. hehe

    ReplyDelete
  5. Takpe kak. Insya-Allah sekejap je tu. Nanti bila dh dedua dh stabil, boleh lah sambut raya dgn tenang :)

    Selamat hari raya kakk :)

    ReplyDelete
  6. Selamat Hari Raya Cik Puan Hanis..bl blh bt reunion kelas Social Work nie??? :)

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi