Thursday, August 7, 2014

RESEPI BISKUT FAMOUS AMOS




Assalamualaikum...

Selalu kalau lalu ja depan kiosk Famous Amos dekat Aeon Wangsa Maju tu ja mesti hidung ni rasa tertarik dengan baunya dan teringin nak membelinya. Tapi aku tak pernah beli pon gara-gara harganya yang mahal dan tak berpatutan dengan jumlah biskut yang kita dapat.

Dalam puasa haritu aku dapat resepi buat biskut famous Amos ni dalam group Resepi Ringkas. Mana ada resepi yang mudah dan best aku print screen jer jadi tak tahu siapa yang kongsikan. Apa-apa pon kali ni aku share plak resepi dengan ampa yang teringin nak buat. 

Biskut ni ramai yang puji sedap dan rasa macam chipsmore. Ingatkan bebudak ja suka, mak mentua aku pon cakap sedap. 

Nak try resepi ni? 



Nampak sedap tak?? 



BAHAN-BAHAN

250 g Butter
225 g gula pasir (gula biasa tu)
175 g gula perang 
2 biji telur
250 g cip cokelat (aku tak timbang pon sebab rasa nak banyak letak ja tanpa sukat)
200 g kacang walnut 
120 g tepung jagung 
500 g tepung gandum
7.5 g serbuk penaik (aku timbang guna penimbang eletronik) 

Cara-cara

  1. Pukul Butter bersama gula pasir dan juga gula perang sehingga sebati
  2. Masukkan telur perlahan-lahan dan coklat cip serta walnut. 
  3. Masukkan tepung jagung, tepung gandum dan serbuk penaik dan gaulkan hingga rata.
  4. Guna sudu makan dan letakkan atas dulang pembakar. Aku guna tangan ja. Agak-agak nak besar mana tempek ja kat dulang hehehe... 
  5. Hias dengan coklat cips. Kalau tak nak pon tak apa tapi nampak kosong jer la. 
  6. Kemudian bakar 20 minit dengan suhu 150 'c bergantung juga pada oven masing-masing. Macam aku bakar lebih masa sikit sebab rasa cam lembik lagi bila tekan dengan garfu. so aku lebihkan masa sikit dengan pemantauan. Kalo terlebih masak biskut akan jadi keras. 

TIPS: Goreng tepung gandum dan ayak tepung untuk mendapatkan biskut yang lebih enak dan ringan teksturnya. 


Itu saja. Cuba la. Tak rugi try tau... Mesti anak ampa suka. =)



8 comments:

  1. Macam mana nak goreng tepung gandum tu? tanpa minyak lah goreng?

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah goreng tanpa minyak... masuk ja tepung dalam kuali terus

      Delete
  2. teringin nk makan tp tak lalu bnda manis.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. makan ja benda yg boleh makan dulu.. lepas bersalin mkn puas2 apa yg dh boleh makan hihi

      Delete
  3. beberapa tahun nan lalu heboh pasal viral org share resepi biskut famos amos..hehehe.

    ReplyDelete
  4. a'ah ummi ampa pun ada kata ritu. kalau nak kek rasa lembut gebu je goreng tepung tanpa minyak. time ampa tunang kot. ntah lupa dah

    ReplyDelete
  5. sedapnya akak..boleh cuba nanti kat rumah.nak beli dkt kedai ya ampunnnn mahal giler..hehehe
    saving sikit bila buat sendiri kan?
    Selamat Hari Raya Aidilfitri! :)
    Jangan lupa datang beraya ke BLOG saya pula! :)

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi