Thursday, August 14, 2014

SAH BATU KARANG!!


Assalamualaikum.. 

Ingat lagi tak entry pasal doc suspek aku kena batu karang?? Nak baca KLIK SINI. Setelah macam-macam hal dan sakit aku kena tanggung. So akhirnya doktor sah kan aku kena batu karang. 

Macam mana boleh kena??

Sejujurnya aku tak tau macam mana aku boleh kena batu karang. Macam-macam teori aku dapat sebab tahan kencing la, sebab terlebih kalsium la.. Bila tanya doktor, doktor pon tak boleh nak bagi jawapan yang pasti.

Sebelum ni aku tak tau apa sakit aku. Tapi hari-hari memang loya, aku asyik muntah ja... Badan plak asyik rasa tak sihat. Lepas tu kencing kerap. Memang aku ingat aku mengandung. Tapi tetiba aku period. Tak mungkin la aku mengandungkan. 

Lepas tu pinggang aku asyik sakit. Belakang badan sakit dimana tempat buah pinggang kita. Sampai ada satu malam tu, nak dijadikan kebetulan budak rumah aku semua tak ada sebab hari minggu kan. Aku plak tak balik kampung minggu tu sebab ada program. Jiran plak tak ada. Malam tu memang aku dah tak tahan sakit dah. Memang nangis-nangis sorang-sorang. Call suami, suami dah panik, risau sebab aku tinggal sorang sampai suruh aku call Ambulans. Tapi aku degil. Malas la nak call ambulans segan ja.

Lepas tu terfikir Abang Aim. Dia yg paling dekat dengan tempat tinggal aku. Minta izin suami. Dia pon benarkan. Memang aku dah tak tahan sakit terpaksa juga minta abg aim bawa aku ke hospital. Pukul 10 pergi. Sampai sana macam-macam prosedur kena buat. Bila doc tanya antara skala 10, no berapa sakit. Sakit aku no 8. Lepas tu Amik darah, pastu kena jalan buat x-ray plak. Tunggu result darah. Kerusi roda tak ada jalan la aku ke sana ke sini dengan tempat yang jauh. Memang rasa serik sangat mai HKL ni walaupun ke Emergency. Habis kul 3 pagi. Lama nak mampos.. Aku siap termuntah dalam toilet hospital lagi. 

Check Doc cakap kencing kotor. Lepas tu ada la lagi siri aku ke klinik kesihatan doc dah cakap suspek batu karang siap bagi surat rujukan ke hospitak untuk X-Ray. Tapi pergi hospital doc bagi ubat lagi xray tak buat. Rasa macam sampai berapa banyak ubat aku nak telan asyik-asyik bagi ubat yang sama. Dah dapat surat xray pon tak mo buat xray lagi. Haihhh... Lepas tu appointment. Bila demam sampai gigil-gigil sampai tak lalu nak makan apa. Badan panas tapi menggigil baru la nak wat xray check suma.

Then kena tunggu next appointment untuk dapat result Xray plak. Then tunggu pulak lagi sebulan baru dapat result xray. Sah ada batu. Lepas tu appointment lagi untuk wat ct-scan plak. Balik kampung aku sakit lagi. Nasib ada suami. Agaknya dia dah tak tahan tengok aku dok tahan sakit bawa ke Hospital Sultanah Bahiyah Alor Star plak. Sana dia punya pemeriksaan aku salute. Dalam masa sehari siap semua. XRAY, amik darah, tak payah tunggu next appointment untuk tahu result xray. Nampak dalam xray, batu karang tu dah turun bawah banding dengan xray kat HKL yang ada sekitar belakang dan area pinggang. 

Lepas tu aku cuba minum jus nenas batu. Kebetulan walid aku tanam ada sebiji ja buah. Memang rezeki aku. Balik KL aku saja singgah farmasi beli ubat kat situ. Lepas makan ja ubat farmasi tu aku agak sempat la dalam 4-6 biji kalau tak silap esok tu aku mula rasa sakit kat bawah. Kencing kerap. Rasa macam ada benda nak keluar tapi tak boleh keluar.

Aku minum banyak ayaq masak dan berulang p toilet. Sampai satu tahap tu memang betul-betul sakit dan rasa ada benda nak keluar pergi toilet... masa kencing tu batu tu keluar. Gila seksa nak kuar pon. Bila dah keluar tengok besar ni jer??





Sakit macam apa lagi tapi batu tu kecik ja??? Apa-apa pon alhamdulillah sebab batu dah berjaya keluar. Cuma bila ingat balik cukup la sekali aku rasa macam mana seksanya sakit batu karang ni. Macam mana pon aku bersyukur sebab kecik jer dan keluar sendiri dari kena opperate.. Ngeri!





10 comments:

  1. Alhamdulillah, semuanya dah selesai... semoga sentiasa sihat dear...

    ReplyDelete
  2. lepas ni kena banyak minum air gk..and jangannnnnnnnnn tahan kencing!

    (nasihat untuk diri sendiri)

    ReplyDelete
  3. bykkan minum air putih ....
    tahu mmg sakit sbb mak kite penah kena dulu ...mmg kesian sgt kat die

    ReplyDelete
  4. Alhamdulilah.. moga cepat sembuh cik gksb :)

    ReplyDelete
  5. ada org kata lemon pun membantu.

    ReplyDelete
  6. huuuuuu tak terbayang cam mana perasaan masa ampa ngadu dulu tu. alhamdulilah dah keluar moga takde dah la lepas ni amin amin

    ReplyDelete
  7. Nak tanye,ubat ape yg beli kt farmasi tu ye?

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah. Batu karang dah berjaya keluar. Lepas ni boleh cuba amalkan minum cuka epal 1 sudu kecil setiap hari. Insyaallah dapat membantu batu karang terbentuk.

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi