Friday, October 24, 2014

TUKAR KERJA

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

19.11.2014.

Ada misscall dari nombor tak dikenali. Aku memang risau kalau ada nombor tak dikenali takut ada URGENT. So aku call balik rupanya dari JPN Perlis. Tanya sama ada aku setuju tak, nak masuk kerja pada 22.09.2014 sebagai guru ganti. Masa tu memang aku dah blur.. Jumaat petang call, suruh Isnin masuk kerja. Masa tu terus aku cakap setuju padahal tak sempat fikir lagi sama ada nak berhenti keja atau tak.

DILEMA

Memang aku dalam dilema sebab kontrak kerja aku pada masa tu sampai bulan 7 tahun depan. Tiap-tiap bulan gaji masuk. Kerja guru ganti diberi gaji 100 sehari dan hujung bulan 11 dah start cuti sekolah. Lepas tu aku akan jadi penganggur kehormat. Tunggu tahun depan plak kalau ada kosong depa panggil pula,

Tanya suami, dia serahkan keputusan bulat-bulat pada aku, Tanya family, umi bagi sokongan walid plak macam tak berapa nak bagi maybe sebab dia fikir sayang kalau berhenti keja yang gaji tiap-tiap bulan ada. Tanya mak mentua dia pon sama serah pada aku untuk buat keputusan.

Bila aku tanya suami sekali lagi apa pendapat dia, dia cakap dia berat aku terima tawaran tu dan balik Perlis. Padahal memang aku dah terima tawaran cuma sama ada nak sambung keja lama ataupun call cakap aku tak jadi masuk kerja. Tak lupa juga pendapat kawan-kawan di FB sangat-sangat membantu untuk terus memberi keyakinan kepada aku supaya teruskan dengan keputusan yang aku dah ambil.

Jadi pada JPN aku cakap aku akan masuk kerja pada 23,09,14. Dalam masa 3 hari aku cuba siapkan kerja aku dekat AADK. Tapi surat berhenti kerja hanya berkuatkuasa pada hujung bulan 9 sebab aku guna cuti aku. 


SELEPAS 2 BULAN 

Alhamdulillah..... Keputusan yang sangat tepat aku ambil. Memang aku sangat enjoy dengan kerja sekarang. Walaupun banyak cabaran, tapi aku sangat gembira. Sebab tak payah nak fikir pasal orang yang asyik amik kesempatan pada pekerja kontrak dengan longgokan tugasnya pada kita, tak payah nak fikir pasal manusia yang asyik mencari salah kita, sangat-sangat lega.

Namun, tugas guru bukan mudah seperti yang dijangka, masih ada cabarannya cuma kita kena pandai kawal dan yang penting niat kita untuk membantu mereka dalam pelajaran. Lupa plak, ada juga la beberapa kisah lawak semasa mengajar sebab antara subjek yang aku ajar adalah Sains Pertanian dan Sejarah, Kalau Sejarah memang tak ada masalah sebab ni la matapelajaran yang paling aku suka masa sekolah dulu tapi Sains Pertanian???

Jadi memang agak mencabar la bagi aku. Aku pon kena study balik sebelum aku mengajar supaya tak bagi ajaran sesat pada mereka hehehe.... 





Now, 

Aku sebagai Cikgu Hanis








12 comments:

  1. Comeinya Cikgu hanis.
    Congrats ya kerana buat keputusan yg bijak❤️❤️❤️❤️

    ReplyDelete
  2. Dulu pun penah jadi cikgu ganti..tp rasanha tak sesuai jd cikgu je..hukhukhuk

    ReplyDelete
  3. tak sangka..dah tukar kerjaya..dah jadi seorang guru...selamat pagi cikgu!!

    ReplyDelete
  4. Guru lg best.. byk phlnye.. moga2 trs dpt jd guru ..

    ReplyDelete
  5. ada pro dan kontra kan. tadi baru je sembang dengan officemate. yang pangkat bos sebenarnya. suami dia pun balik mai kedah sbb bos kami tu xblh nk tukar tempat lain. kena pegang kata "rezeki ada kat mana2" kena yakin dengan kata2 tu insyaAllah akan ada rezekinya nanti. sangat deep untuk kami menjelang tahun depan :D

    ReplyDelete
  6. semoga beroleh penglaman yg manis ... :)

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi