Saturday, December 6, 2014

RESEPI: SAMBAL AYAM


Bangun pagi tetiba tekak teringin nak makan sambal ayam. MIL plak cakap ikut aku la nak masak apa. So decide nak masak sambal ayam. Memang la boleh dikatakan aku ni memang pandai masak sambal, tapi sambal yang aku masak selalu tak kena tekak suami sebab dia ni sangat suka pedas. Aku plak kalau masak suka masak pedas-pedas manis. 

So mula la google resepi. Tak salah kan nak menambah ilmu cuma jangan malu dan malas jer. Jadi resepi yang aku nak kongsikan ini adalah dari Azie Kitchen. Cuma ada la aku ubah sikit ikut barang apa yang ada kat umah. Tapi bila kita masak tengok resepi ni jangan habaq kat mak mentua cover la sikit kan kalau tak jatuh saham hahaha....


Bahan-Bahan

1 ekor Ayam -Lumur dengan garam kunyit dan goreng tapi jangan sampai garing
4 biji bawang saiz besar
7 biji bawang putih
1 inci halia
2 biji bawang besar - hiris
2 batang serai - ketuk
4-5 sudu besar cili kisar (yang ni aku main ikut sukatan sendiri sebab nak bagi pedas)
Sos tomato (sos tak ada so aku letak sos tiram)
Sos Cili
Garam Gula

Cara-Cara

Kisar bawang besar, bawang putih dan halia. Panaskan minyak dan tumis serai serta bahan kisar sehingga wangi. Pastikan jiran boleh bau hahaha... Masukkan cili kisar dan goreng sampai cili betul-betul masak.

Masukkan sedikit air, terpulang nak banyak mana kalau rasa nak berkuah lebihkan sikit. Pastu masuk sos tomato, sos cili, garam dan gula secukup rasa. Tapi kurangkan garam sebab masa kita goreng tadi ayam kita dah rasa masin dah. Masak sampai mendidih dan pekat.

Akhir sekali masukkan bawang yang telah dihiris dan ayam tadi. Gaul rata dan sedia untuk dimakan =P


Ni la rupa sambal ayam aku. Penuh cabai... Memang pedas.. 




Selamat mencuba



9 comments:

  1. dan2 teringat sambal ayam mak mertua hr sabtu lps....hahahaha

    ReplyDelete
  2. merahnya..takut..hehehe...suami akak pun kalau buat sambal mesti nak pedas2 lepas tu nak sama cam mak dia buat..hahahah,..memang tak dapat la..akak ni paling seram nak makan benda merah2 gini..jadi kalau nak makan sambal tunggu la time balik pendang nanti..ekekek

    ReplyDelete
  3. Berbeza dari resepi sambal ayam yang akak biasa buat. Boleh cuba ni.

    ReplyDelete
  4. saya suka sambal... tapi kalau pedas sangat memang tak larat nak makan....

    ReplyDelete
  5. confirm meleleh air idung bila makan ni

    ReplyDelete
  6. Uish terus lapar tengok gambar makanan haih

    ReplyDelete
  7. argh.. nak tuntuk ayam periuk ajaib..

    ReplyDelete
  8. Assalam gk,
    meghah nyaaaaaaaaaa sambal uols
    berdesing2 pedas tu yg sedap kan3

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi