Saturday, March 22, 2014

KISAH LAKIBINI: MASAK

Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca setia ku sayang =)

Aku sebenarnya bukanlah seorang yang rajin memasak. Kalau dekat rumah memang aku jarang masuk dapur. Tapi bukan bermakna aku tak pandai masak. Kalau ikutkan aku lebih suka masak lauk pauk dari buat kuih atau kek. Yang tu memang aku tak minat langsung. Tapi pandai jer masak kek karamel =P

Karamel yang aku pernah buat 


Berbeza dengan ummi aku yang minat buat biskut moden dan kek. Memang minat sangat sampai sanggup beli oven baru. Dah berapa banyak oven kat rumah. Dah berapa banyak kursus pergi. Tapi selalu kena perli dengan walid orang lain p kursus siap boleh meniaga, kita? Hahaha....

Mungkin satu hari nanti bila ummi dah pencen (kot) dia akan buat bisnes insyaallah.... Eh terjauh plak pusing tapi sebenarnya nak cerita pasal aku =P

Suami aku bukan jenis yang cerewet bab makanan berbeza sangat dengan aku yang cerewet pasal makanan kalau tak sedap memang aku akan komplain terus, kalau aku minta lain tapi dapat benda lain aku memang akan suruh depa masak balik hahaha... Selalunya kalau aku minta telur mata garing tapi dapat telur mata separuh masak memang aku suruh masak balik. Sebab aku dah pesan bukan tak pesan.

Tapi laki aku plak jenis tak kisah dan selalu menu yang sama ja dia order . Apa pon dia tak kisah dan persamaan kami kalau kedai tu sedap memang 2,3,4 kali dan sampai bila-bila hanya akan p kedai tu ja. 

Bila dah kahwin ni, boleh dikira dengan jari jer la berapa kali aku dah masak untuk dia. Kekangan masa kan sebab kalau balik ja kuar dating... Selalu kalau aku masak dia makan ja pastu diam. Komen apa pon tidak. Lepas makan ja mesti aku tanya "Sedap tak?" Dia kata "Boleh la". Ataupun angguk ja. So muka aku sah sah akan berubah jadi sedih dan aku akan perasan dia pandang aku tapi aku sedaya upaya buat riak muka biasa.

Tapi semalam masa whatsapp dia tanya

Laki: Dah makan ka?
Bini: Dah.. tadi masak simple jer.. telur dadar, goreng ikan bilis dan masak udang.
Laki: Simple tapi sayang masak sedap gak.
Bini: Yeke bang sedap?
Laki: Aah sedap gak cuma abang tak ngaku bila sayang tanya.
Bini: Kenapa bang? Tertunggu-tunggu gak abang komen
Laki: Saja nak menyakat sayang hehe


Aku punya dok feeling sedih mak jemah dia boleh kata saja nak menyakat? Sabau ja la laki aku ni.. Bila tanya dia paling suka aku masak apa dia kata paling sedap nasi tumis dengan sambal telur dan sambal petai udang. Haritu makan nasi tumis tak habis ingatkan tak sedap rupanya waktu pagi memang dia kurang makan sikit. Aku punya jahat bubuh nasi banyak gila sebab nak bagi dia gemok cepat hahahaha.... Memang tak habis lah kah3...

Sambal petai udang yang aku masak


Bila suami kata aku masak sedap lagi la semangat nak masak untuk suami. Sumber rujukan aku adalah blog Che Mat Gebu. Aku ingat lagi raya tahun lepas dan 2 tahun lepas, gigih aku salin resepi rendang dari blog CMG. Bila aku ikut resepi serius memang sedap. Ramai yang puji rendang aku hehehe... 

Adik aku selalu ja bising, kat umah mentua kemain hang masak balik umah sendiri malas masak hahaha... Well rumah mentua kena la behave sikit kan? Hihihi...

Lepas kahwin kena rajin-rajin masuk ke dapur la kan? Laki pon dah bising perut makin muncit. Ala muncit tu kan tanda romantik #ehhh




#kbai


Thursday, March 20, 2014

7 HARI LAGI

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

7 hari lagi insyaallah genap umur aku 26 tahun. Target kahwin umur 25 tahun, kira aci la kawen 2 bulan lagi genap umur 26 tahun kan? Hehehe...

Hampir 2 bulan bergelar isteri alhamdulillah syukur dengan nikmat yang Allah bagi. Walaupun berjauhan dengan suami, kami dapat atasinya. Bila berjumpa time tu la nak bermanja time tu la nak merajuk-rajuk konon nak dipujuk hihihihi.... Suami aku layan kan saja perangai mengada isteri dia ni....

Lepas kahwin tak sempat nak honeymoon sebab masing-masing terus kerja lepas kenduri kedua-dua belah pihak. Jadi minggu depan Insyaallah kami akan ke Sabah untuk honeymoon. Bukan honeymoon saja kali ni dapat sambut befday sekali dengan husband. Ni la kali pertama nak sambut befday dengan suami. Sepanjang kami kenal belum pernah sambut befday dengan suami ada di sisi. Yela sebelum kahwin pon dah memang PJJ. 

Tempah flight, hotel semua dari tahun lepas lagi masa Air Asia buat promotion. Masa tu masih tunangan orang. Plan dah lama. Cuti pon dah diluluskan. Insyaallah semuanya akan dipermudahkan. =)

Minggu ni husband datang KL. Rasa excited plak. First time suami nak datang kat isteri dia. Tiba-tiba rasa syahdu plak. =,( Belum rezeki kami nak duduk bersama. Tak pa la kita susah-susah dulu mana tau nanti Allah makbulkan doa kami. 

Alhamdulillah gak dapat mentua yang sangat memahami. Depa tahu situasi anak dan menantu depa macam mana. Kadang-kadang aku rasa segan juga sampai terfikir apa guna ada isteri kalau bukan berada di sisi suami? Tapi tu hanya bisikan jahat dari syaitan. Tak baik kan fikir macam tu? Hmmmm...

Bila masuk bab anak, ramai juga memahami keadaan kami yang PJJ ni. Jadi tiada tekanan dari keluarga untuk dapat baby cepat-cepat. Yang aku dapat tekanan dari orang luar. Bagus la nak menasihati tapi yang tak bagusnya bila ada yang tak paham. Kadang-kadang situasi kita berbeza..Jadi jangan samakan situasi kita. 

Tapi tak apa, aku maafkan depa. Mungkin ada yang tak paham.

Pagi tadi dapat whatsapp dari suami. Rahsia memikat hati suami. Tergelak masa dapat ni:




Haritu ada la merajuk sket pasal bola. Yela lelaki dengan bola kan tak dapat dipisahkan. So aku suh pilih bola ke aku? Kakaka Kejam kan? Tapi sebenarnya saja jer taktik nak bermanja dengan suami =P
Yang no 3 tu terasa la juga haha... =P

Sebelum ni aku ada bagi kat dia pasal ni:




Kali ni terkena balik la aku hihihi... Tak kisah la dia macam mana pon, kami dah jadi suami isteri kena terima segala kelebihan dan kekurangan masing-masing sebab suami isteri akan sentiasa melengkapi antara satu sama lain..

Next entry aku kongsikan persediaan aku ke Sabah yer =)


Monday, March 17, 2014

KISAHLAKIBINI: MENANTI SINAR



Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Berakhir sudah 2 hari bersama suami.... Masa yang ada digunakan sebaiknya dengan suami..Dah macam belangkas...Kat mana dia ada aku ada.... Baru betul-betul berkualiti masa yang diluangkan hehehe...

Suami pon dengan sabar layankan saja perangai manja aku ni... Sampai tudung aku pon minta suami gosokkan keh3... #bulisuami =P 

Alhamdulillah dapat suami yang sangat memahami perangai isteri yang mengada-ngada lebih ni..Dia pon paham sangat sesekali jumpa cmni la hehehe.... 


Anje anje dengan somi =P


Bila dengan suami kemain lagi aku bersiap..Kalau g keja malas plak nak bersiap dan mekap bagai ni huhuhu... Ada sesetengah suami jenis tak suka isteri mekap dan bersiap tapi suami aku ni kalau boleh nak aku sentiasa kelihatan cantik. Aku ni pasrah jer la beli barang2 mekap. Tapi time aku tengah mekap dia pesan mekap jangan lebih-lebih sangat.. Ha macam mana tu? Ikutkan saja cakap suami. =P

Tak mau la muka sememeh ja kan depan dia walaupun orang kata natural beauty tu lagi lawa tapi tak kan asyik nak tengok natural beauty ja..Bangun tido natural beauty, keluar natural beauty sesekali dia nak la isteri dia ni bergaya sket. So lepas kahwin ni memang kerja beli baju ja la aku.. Barang-barang mekap memang aku dah beli lama dah sebelum kawen lagi. So lepas ni boleh minta dia sponsor duit beli barang mekap plak hihihi...

Tapi kan..... ingat aku sorang ja ka bergaya laki aku lagi sakan. Lepas kawen ni kemain lagi dengan maju kemeja, spek baru, hat... Kadang-kadang naik risau aku. Aku tegur jer "Amboi abang.... kemain bergaya" dia mesti jawab "Abang bergaya pon bukan untuk orang lain, untuk isteri abang juga..." Ayat dia...so pasrah jer la hahaha... 

So petang ahad tu kami p Padang Besar. Lama tak shopping. Dia bawa p kedai feveret dia.. Kak kedai tu tegur ni siapa? Dia jawab "Ni la isteri saya" kembang semangkuk la aku kih3.... 



Kemain banyak shopping, nak apa amik ja...suami bayarkan. Bagi nafkah katanya kih3...

Pakai selipar je sebab hujan kalau tak dengan kasut bagai hihi...  



Masa dalam kereta tiba-tiba laki aku cakap "Kalau sayang pregnant, berhentilah keja..Abang tak senang duduk fikir sayang sorang2 kat KL tu..Lepas bersalin, kalau nak keja, keja la tak apa" Masa aku dengar ni rasa nak menangis pon ada, suami mana tak risaukan isteri. Bezanya sama ada depa tunjuk dengan tak ja.

Mungkin sebab aku selalu cerita budak rumah aku ni PJJ gak, tengok dia bawa anak dia mai sekali tapi suami jauh kita jadi kesian kat depa 2 beranak. Bila sahabat terdekat Kiera dan Nadh pon PJJ, dengan situasi depa dengan uwais kadang-kadang kala terfikir mampu ka aku jadi kuat macam depa.

Bila tiba-tiba laki aku cakap macam tu bermakna dia betul-betul tak sanggup nak tengok aku struggle sorang2 kat KL kalau pregnant. Lagipun kenderaan yang aku guna sekarang hanya motor.. Insyaallah Allah akan permudahkan segalanya...

Insyaallah ada sinar yang menanti... 



Thursday, March 13, 2014

KISAH LAKIBINI: PENGORBANAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Hari ni aku bangun dalam keadaan malas. Bukan harini saja sebenarnya tapi setiap hari. Bila aku fikir kerja itu satu ibadah sementelah aku berada dalam unit pemulihan, aku gagahkan diri untuk bangun bersiap ke tempat kerja.

Bila waktu morning meeting bersama klien, ada klien yang masih tak nak berubah sikap, still terbawa-bawa sikap di zaman lampaunya membuatkan aku memuntahkan amarah sambil menasihati. Adakalanya dengan kata-kata yang lembut yang diberikan setiap hari masih tidak mampu untuk membuatkan mereka sedar. Jadi cara yang terbaik sekali sekala perlu menjadi tegas dan garang.

Hari ni dah khamis, esok jumaat jadi esok kita balik jumpa suami. Encik suami sudah aku kabor supaya balik siap-siap ke Alor Star dan jemput aku kat Shahab Perdana. Kali kedua balik sejak kami berkahwin. PJJ gini lah kan?

Minggu ni juga giliran balik rumah mentua. Walaupun Sabtu ni ada kenduri kahwin kawan aku di Yan, aku kena adjust juga balik rumah mentua. Kesian plak kat MIL, dah tanya bila nak balik sana pula. Katanya nak buat makan-makan bila aku balik nanti. So lepas balik Yan, terus lajak ke Perlis dan Ahad balik KL. 

Walaupun masa singkat dan agak terkejar-kejar, itulah pengorbanan yang harus dilakukan. Harap semua ini hanya bersifat sementara. Bila duduk berjauhan dan merasa hidup macam suami isteri lain. Kadang-kadang perasan bujang =P

Ada indahnya bila PJJ, salah satunya kita lebih menghargai pasangan kita dan sayang rindu tu makin menggunung =P

Suamiku tunggu isterimu ni yer....

=)




Wednesday, March 12, 2014

TAKDIR ITU MILIK KITA



Assalamualaikum...

Allah adalah sebaik-baik perancangan. Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Selalunya kita tak kan nampak hikmah melainkan kita duduk, berfikir dan renung balik kesilapan lama, baru kita akan nampak hikmahnya.

Sebagai contoh aku amik dalam soal percintaan. Walaupun rupa paras yang sederhana tapi aku "berkawan" dengan lelaki lebih 20 kali sehingga aku dapat menilai bagaimana seseorang laki tersebut. Setiap pengalaman yang kita dapat kita amik pengajaran. Adakalanya kita tersasar jauh dari haluan hidup tapi Allah masih sayangkan kita. Dia adalah sebaik-baik perancangan dan takdir Allah siapa dapat menolaknya.

Suka untuk aku ingatkan terutama untuk adik-adik yang masih muda yang masih tercari-cari arah hidup yang masih mencari jodoh, yang masih tercari-cari kebahagiaan. Insyaallah kita akan ketemu juga cuma jangan berhenti berharap dan jangan berhenti untuk berusaha.

Jangan takut untuk membuat kesilapan sebab dari kesilapan la kita belajar kekesalan. Kecewa, kesedihan, semua itu akan kita lalui sebelum kita jumpa kebahagiaan kita. Cuma manusia ni kadang-kadang kita lemah, kita sering melakukan kesilapan. Kita sering tidak mengendahkan hukum Allah, sering melakukan dosa. Masyaallah betapa kerdilnya kita sebagai manusia.

Aku juga tidak terlepas dari melakukan dosa kerana kita hanya manusia. Insyaallah sedang berusaha untuk melakukan perubahan dalam diri. 

Dalam usia aku yang akan menginjak ke 26, banyak hikmah yang telah aku lihat di depan mata. Banyak takdir yang telah kita fahami dan sesungguhnya manusia hanya mampu merancang tapi Allah juga yang menentukan segalanya.

Jangan berhenti berdoa, Dia mendengar doa kita. Dia tak kan menguji hambanya di luar kemampuan kita. Setiap ujian yang dilalui menjadikan kita lebih kuat dan sabar.

Insyaallah


Semoga jodoh ini diberkati Allah dan bahagia sampai ke syurga


Friday, March 7, 2014

EXAM SPA: PEGAWAI PENERANGAN S41


Untuk sekian kalinya aku dipanggil lagi untuk Exam SPA bagi jawatan Pegawai Penerangan S41 2minggu sebelumnya aku exam Pegawai Belia dan Sukan S41. Mungkin rezeki kahwin alhamdulillah....




Cuma exam kali ni aku rasa lagi senang berbanding exam yang aku lalui sebelum ni. Masuk bahagian esei BI, Jammed kepala otak sat. Hampir 15 minit juga la aku pikiaq nak tulis apa. Tapi alhamdulillah boleh buat semuanya.

Harap akan ada sinar menanti selepas ni. Nak dapat kerja tetap, nak duduk dekat dengan suami. Insyaallah.... =)


Kesayangan hamba

Dalam pada tu minggu ni aku diuji dengan kesihatan yang kurang baik. Demam la pulak. Kebanyakan orang mesti demam lepas kahwin, orang kata perubahan hormon. Tapi andaian yang katakan aku pregnant tu setakat ni tak betul. Belum ada rezeki. PJJ plak kan? Huhuhu....

Alhamdulillah bahagia dengan suami tersayang.. Lepas kahwin ni baru tahu true colour dia.. Manja eyh? #ehh =P

#Kbai



PJJ: CARA MENGHABISKAN MASA DENGAN SUAMI & ADIK KESAYANGAN


Assalamualaikum...

Wiwit...alhamdulillah dah cukup sebulan jadi suami isteri. Syok kawen kan? Hahaha... Cuma tak syoknya bila PJJ. Tapi setakat ni alhamdulillah boleh atasi lagi. Bila sesekali jumpa tu yang syok tu. Lagi kuat rindu tu rasanya. hehehe...

So minggu lepas aku balik kampung lagi dapatlah jumpa kesayangan hamba ni... Jadi masa yang ada digunakan untuk berjimba bersama kesayangan. Destinasi pilihan Taman Jubli Emas kat seri menanti alor star. Budak kecik tu la dok kecek nak p taman jubli nak main bubble katanya. Ikut kan saja kehendak adik kesayangan aku ni. 

Tapi sebelum tu selfie dulu. 




Macam-macam memek muka budak kecik ni buat. =P


Harga bubble tu RM 5 dapat sebatang kayu dan sebekas air sabun untuk bubble tu. Boleh pilih nak saiz macam mana. Kalo nak tambah kayu lagi tambah RM1. 





Mula-mula si puteri tu yang merengek nak main sekali kakak dia yang lebih-lebih hahaha.... 

Next week pulak nak balik jumpa kesayangan... Rindu En suami hehehe 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi