Monday, April 28, 2014

OUTDOOR PHOTOSHOOT MAJLIS BERTANDANG



Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Dah 2 bulan berlalu tapi aku still lom dapat album gambar kawen lagi tapi aku paham la mungkin banyak album depa nak kena siapkan so aku minta pic gambar ni dulu dekat photog. Ekceli sepatutnya aku amik pakej sebelah aku jer tapi aku terlambat gtau nak amik pakej 2-2 belah pihak, depa plak dh ada job lain so dia sub dekat member diorang ni yang kebetulan duduk Perlis gak. Ardy namanya. So kiranya Ardy ni bukan photo-g yang sebenar la atau bukan satu team Pakej Photography yang aku amik la. Errr paham dak? 

Entry aku kali ni memang skip la dari akad nikah, kenduri sanding terus kepada bertandang sebelah lelaki. Mohon sabar yer sampai aku dapat album kawen nanti. Photoshoot kat Perlis ni best sangat sebab banyak tempat yang menarik kat sana. Si Ardy ni plak memang pandai betul bagi kami ceria. Ampa bayangkan la bila kenduri memang penat sikit la kan sebab kena layan ramai tetamu so kalau tengok muka penat jer dia pandai menceriakan suasana. Kalau tak pandai pose pon tak apa dia akan buat kita rasa selesa dan tak malu-malu untuk pose macam-macam gaya. Suka buat lawak so dalam gambar tak ada la muka senyum plastik haha

Kalau lepas ni adik-adik aku nak kahwin ka atau adik ipaq nak kawen memang aku akan suggest Ardy dekat depa. Eh panjang plak mukadimah. Meh aku story la serba sedikit majlis aku hari tu di Perlis. 

Dekat Perlis ampa tau saja la cuaca dia panas sangat. Hampir-hampir pitam juga la sebab tak tahan panas. Dengan baju pengantin lagi perghhh rasa macam nak tukar baju jer. En Suami pon masa tu dah tengok muka aku dah lain macam suruh duduk dalam bilik jer bagi sejuk sikit. Tapi tak kan nak biar dia sorang layan tetamu kan? So keluar masuk dalam rumah jer la keja aku masa tu. Kalau rasa panas, masuk balik dalam rumah haha...

Photog ni best sebab dia senang dan paham kita. Al maklum la ramai tetamu kan so dia tak ada tetap kan masa pukul berapa nak keluar photoshoot kat luar. So kita pon tak ada la kelam kelibut sangat. So lokasi yang dia bawa kami adalah dekat hutann FRIM yang dekat PLKN Guar Chenderai. Time tu plak musim panas memang banyak la pokok kering. Jadi pemandangan situ macam musim luruh feeling ada kat obersea sangat =P Meh tengok pic weolss.... 




Ehem ehem... buat muka geram dekat suami konon nak smack down dia dengan tangan aku hahaha... Lepas kawen dia plak melawak dengan aku camtu @_@






Feeling bagi bunga sangatttt. Siap suruh melutut bagai padahal dalam realiti bertuah la nak buat gitu. So time ourdoor ni paksa dia melutut. Queen Control sangat iolsss kannn =P






Errrr rendah sangat iolss kan? Malas pakai high heel, disebabkan baju kawen labuh iolss pakai selipar ja hahaha... Sakit weh kaki pakai lama-lama. 3 1/2 inci plak tu. Tapi gambar ni manja sangat.. iolss sukaaa =)





Otototottotot...... 



Lepas tu kami beralih arah p Empangan Timah Tasoh. Photoshoot dalam sana. Mula-mula minta kebenaran Pak Guard pastu dia cakap tunggu sat dia tanya bos dia yang kebetulan ada kat situ. Si Ardy ni terus turun pergi jumpa Pegawai situ. Bagus betul. So dapat la masuk dalam tu untuk photoshoot. 




Time ni matahari dah nak terbenam. Kira ni gambar sebelum balik la. Aku pon dah tak larat dah time ni. Senyum paksa sangat kat muka tu huhuhu....






No caption =P






Aipp....jangan pandang-pandang






Gambar terakhir untuk ampa.... Doakan kebahagiaan kami sampai akhir hayat yer... 

=)


Kalau nak dapatkan khidmat Ardy boleh usha team depa punya laman web 


atau

phone ardy- 0194771085



Thursday, April 24, 2014

KISAH SERAM MALAM JUMAAT




Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Ekceli kisah yang aku nak cerita ni adalah kisah seram yang aku alami sendiri. Aku ni boleh dikategorikan "berani" dari kecik lagi aku ni jenis tak takut nak mencuba. Lepas tu apa kesan dia sendiri tanggung la =P

So nak dijadikan cerita, masa tu aku sekolah kat teknik di utara ni. Sapa yang dah lama jadi pembaca blog aku tau la aku sekolah mana dulu. Ada satu malam tu aku tak boleh nak tidur. Eh lupa nak habaq katil aku sebelah tingkap. katil plak double decker biasalah asrama kan. Aku duduk bawah salah satu sebabnya sebab kalau duduk atas mata aku suka meliar. Aku jenis suka tengok keliling walaupun takut so pilih duduk bawah.

Ada satu malam tu, aku tak boleh tidur tiba-tiba dengar orang panggil dari luar tingkap. Aku duduk tingkat dua so mustahil gila la kan ada orang belakang tingkap tu. 

"hanis.....hanis......"

Masa tu aku buka mata tiba-tiba eh diam plak. Aku pejam mata balik lepas tu dia panggil lagi, bayangkan la dengan suara gemersiknya.

"hanis.....hanis......"

Arghh sudah...... Terus aku kejut kawan aku. Depa boleh dok pujuk tak ada apa aih perasaan hang ja tu. Padahal aku tahu depa pon cuak gak tu. Lepas tu aku tumpang katil dia sambil tidur peluk Al Quran. Alhamdulillah esok tu memang tak ada gangguan apa dah.

Lepas tu budak dorm aku ada cerita dia nampak orang tidur pakai telekung putih padahal katil tu kosong. Tapi dia ni jenis hati kental juga. So buat tak tau ja. Hahaha...

Aku ni jenis berani, kalau nak terkencing ka kalau hang gerak kawan hang kompom la depa tak bangun, jadi kalau nak terkencing tengah malam memang pasrah ja la p sorang-sorang tandas. Toilet plak hujung bangunan pastu akan melalui 2 bilik prep. So 2,3 pagi ka memang p sorang ja la. Kadang-kadang rasa bebai gak dengan kawan-kawan ni gerak tak bangun. So lantak la janji dapat kencing haha...

Ekceli ada satu lagi cerita tapi nak simpan dulu la... Next time kalau rajin aku cerita.

Dan aku nak buat slot kisah seram la plak. Kalau ampa ada cerita best yang konon seram boleh kongsi dengan aku, aku akan publish dekat blog aku nanti. Boleh email anyss273@gmail.com

Tapi make sure jangan tulis shortform eyh aku ni walaupun muda tak reti nak paham bahasa singkatan ni. hihihi 

#sekian



Tuesday, April 22, 2014

KAMI BLOGGER UTAGHA: FATEH UWAIS KESAYANGAN RAMAI


Ahad lepas contact kiera ajak jumpa. Lagipun memang dah lama tak jumpa dia. Last jumpa masa aku nikah hari tu. Kebetulan hari ahad tu memang tak ada buat apa ajak suami ikut sekali dengan ditemani  Adik aku puteri.

Tapi adalah salah paham sikit, dapat wechat kiera dia cakap ada kat Tat Nasi Ayam. Aku pon ok la ingatkan dia dah tukar tempat sebab asal tu nak p kedai ASMANI kat Mergong tu. Siap cakap dah ada depan kedai lagi.

Laki aku plak aku cakap nanti singgah Shahab lepas makan dia plak terus p Shahab. Masa nak keluar dari rumah tu dengan kereta banyak, memang nak keluar dari simpang depan rumah pon amik masa gak, pastu tiba-tiba dia nak bebai sebab nak keluar simpang tak boleh lagi.

Laki aku ni memang pelik sikit, dia naik angin bila tak dapat cari parking, sesat, traffic jammed dan contoh macam di atas nak keluar simpang tak boleh. Yang tu cepat sangat nak marah tapi yang lain maintain cool jer... @_@ Bila tiba-tiba nak marah pasal tu, dengan aku sekali hangin. 

Pastu tersilap p shahab dulu plak. Sekali sampai Nasi Ayam Tat rupanya kiera kat kedai Asmani dia wechat tu dia maksud dia lalu ja. Tapi dia tak tulis lalu pon. T_T Terus patah balik tapi time tu aku plak drive. Laki dah ok, aku plak tak ok lagi hahaha... 

Membebel dekat dia Dah tahu time balik keja paham-paham jer la kereta banyak ni nak bebai plak. Pastu mula la aku tunjuk perasaan bawa kereta laju2 =P

Bila dah sampai tengok Uwais hilang perasaan marah. Konon nak tunjuk perasaan dengan suami pon tak jadi sebab si Uwais ni keletah dia kemain mencuit hati hahaha...





Tengok tu bila aku dukung dan riba dia, tangan tu berjalan cari tangan abah azrul dia, mata pandang tempat lain. Bila aku angkat depan muka aku pon nak tengok dia, dia pusing tengok abah azrul dia ja. Amboi anak...dengan lelaki ja layan eyh? Dengan mummy dia tak layan. 






Gambar ni kabur sket, puteri yang amik. Pastu bila cakap apa ni adik, gambaq tak elok pon. Dia boleh jawab camera kakak yang tak elok. Amboi hang adik..mulut... nset Z1 tu hahaha... Pic ni pon uwais tak habis-habis dok pegang tangan laki aku. 




Laki aku dengan Nadh dok sembang pasal bola, aku dengan kiera macam besa la, isu mak-mak la konon hahaha.... Masa kiera dok dukung uwais saja la ngusik Uwais, "Ada budak tu nak kena tinggal dengan abi dia satgi" Laju-laju si uwais sua tangan dengan Nadh nak suh abi dia dukung. Takut la tu kena tinggal dengan abi dia. Kiera cakap ingat dia tak paham ka apa kita cakap. Bijak betul budak ni. 

Si Uwais ni suka main dengan lelaki jer. Aku syak si Kiera ni suka menyendeng dengan nadh ja masa pregnant ni tu yang turun ke Uwais hahaha.. Kesian puteri, nak main dengan uwais, uwais bukan nak layan sgt hahaha... 

Tunggu yer mummy dengan abah azrul ada baby nanti boleh la geng dengan uwais. Kalau lelaki boleh la duduk satu team futsal kalau perempuan boleh buat menantu # ehhh =P



BILA SHAH JASZLE ADA TEMAN WANITA BARU



Ramai la yang menyumpah seranah dia dengan macam-macam perkataan. Sekali dengan Redzwani terpalit sekali. Kes khalwat di mahkamah tak selesai lagi pastu timbul plak isu ada teman wanita baru.

Habis comel la tu buat muka camtu? hahaha



Bagi aku lelaki macam tu tak layak pon nak ditangisi. Malah sepatutnya Redzwani bersyukur sebab Tuhan dah bagi petunjuk awal-awal lagi. Aku cakap semua ni bukan sebab depa ni artis tapi perkara ini sendiri adalah realiti yang kita dok hadapi betul tak?

Bukan aku tak pernah lalui semua ni, tapi kita tengok balik patut ke menangis disebabkan lelaki yang macam tu? Masa kita tahu tu opkos la kita akan menangis tapi jangan sampai meratapi sampai hari-hari. Move on la babe. Dalam hidup aku dulu, memang aku selalu jer putus cinta atas tapi cinta remaja setakat mana sangat la kan =P

Lepas putus cinta, berkawan lagi dengan lelaki, lepas tu tak sesuai move on lagi. Biarlah nak kata memilih ke apa ker sebab kita nak cari pasangan yang hidup sampai akhir hayat bukan setakat nak seronok 2,3 hari lepas tu blah. So fikir-fikirkan lah. Jangan sebab cinta kita buta mata nak menilai masa depan kita.

Tambah remaja sekarang ni, kalau dah tahu latar belakang lelaki tu kurang baik kenapa kita nak korbankan diri kita semata-mata demi cinta? Masa depan kita? Fikir masak-masak ye..



Friday, April 18, 2014

PREGNANT?



Amboi laju ja kan ampa masuk blog aku bila tengok tajuk pasal pregnant ni. Tak sabar letewww nak tengok anak kami hihihihi... Sabar yer...Aku pon tak sabar sebenarnya nak ada baby tapi sekarang ni PJJ so paham-paham jer la yer... ;) 

Minggu ni kira 3 minggu la tak jumpa dengan suami atas dasar bekerja dan nak claim cuti ganti so tak apa la nanti dapat kumpul cuti boleh cuti lama sikit. Suami isteri rileks lagi, tak ada la nak rindu-rinduan teruk sgt maybe atas faktor sebelum ni pon memang dah PJJ so malas nak layan feeling tu sebab dah tahu tetap akan duduk jauh. So laki bini memang rileks jer...

Yang tak berapa nak rileks orang luar. Kalut la aku tak balik. Siap dok usik perkara berbaur lucah. Menyampah betol aku. Agak-agak ar.. Walaupun aku dah kahwin tak bermakna aku boleh terima usikan macam tu. Yang usik tu lelaki plak tu. Aku plak jadi malu bila perkataan seperti "sangap" dok diulang banyak-banyak kali. Kalau ya pon ada pengalaman PJJ gak jangan samakan situasi kita plak. Benci betul la. @_@

Bila cerita pasal pregnant ni macam-macam situasi aku alami contohnya 

Situasi 1

Ada orang yang datang terus pegang perut aku tanya dah ada isi ka? - Opkos la ada...isi lemak jer kak ton oi...  -__-"

Situasi 2

Hai dengaq kata dah mengandung? -Aku plak tercengang. Ha?

Situasi 3

Aku : Sakit kepala la....rasa nak muntah
Dia  : Dah ada baby pa...


Situasi 3 dari suami sendiri aiyak! excited letewww padahal aku ni kalo salah makan ker atau pon makanan tu ada something wrong memang cepat jer aku muntah.. hahahaha... Sabar jer la... Saja la tu nak ngusik =P




Baru-baru ni ada terbaca status kawan aku dekat FB. Allah belum kurniakan rezeki anak pada mereka sama macam aku. Kalau hang ada baca, aku pinjam status hang ni supaya orang kat luar yang suka bertanya sangat tu sedar sikit.


Jangan ditanya mengenai itu. Jangan. Jangan. Jangan. Muka mungkin murah lagi dengan senyuman tapi dalam hati Allah saja yang tahu. Kau yang murah dengan rezeki itu, jaga dan kasihlah sampai tua. Tak payah sibuk tanya bila, bila dan bila lagi. Selagi Allah tak bagi, itu bukan rezeki kami lagi. Jangan tanya lagi. Allah dah atur. Jangan sibuk. Kalau ada nanti satu dunia aku hebahkan sekian. 

 Ampa, ampa dan ampa yang dh ada anak tu bersyukur la.. Jangan plak rajin sangat nak tanya walaupun niat ampa baik. Tapi seeloknya elakkan la bertanya mana tau kawan ampa tu belum ada rezeki lagi ker. Kalau ada mesti dia habaq kat ampa.

Aku pun pernah la gak tersalah bertanya dekat kakak yang dok jual nasi lemak kat area rumah aku ni sebab nampak dia bawa budak kecik sekali dia cakap tu anak kakak, saya tak ada anak. Terkedu aku. Terus rasa bersalah. Nasib baik akak tu steady ja. Tapi dalam hati dia sapa tau kan?

Lepas tu terus aku pon pesan kat diri aku jangan jadi terlebih ramah nak bertanya benda tu semua. So bab  anak ada rezeki nanti insyaallah aku gtau semua. Lagipun baru 2 bulan kawen. Sabaq sat nowh.... Tahu la tak sabar nak tengok aku memboyot kih3....Mesti comel #ehhh =P

#sekian



Kamus utagha

Habaq = bagitau
Ampa = Anda / kamu / awak

Notacikgadis: entry ni aku dah peram Seminggu dah. Dok tulis and save baru rini post. Kalo ada tiba2 yg baru bertanya tu jgn terasa hati. Tak Tuju sapa2



Tuesday, April 15, 2014

BILA ENGKU EMRAN BERUSAHA MENAMBAT HATI ERRA



Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Bila Engku Emran berusaha menambat hati Erra lepas mereka bercerai ramai yang cakap si Emran ni gila talak dan ramai juga yang menyokong usaha Emran. Kalau kita baca komen-komen manusia dekat portal hiburan kemain lagi mengeji macam-macam.

Pada aku selepas 6 tahun lebih hidup bersama pastinya banyak kenangan yang mereka ada tambah dah ada anak yang comel macam Aleesya tu. Bila berpisah kita orang luar ni apa tahu masalah depa. Yang jadi masalah bila mulut-mulut orang yang cakap macam-macam.

Kita yang dah kahwin ni sendiri tahu dan boleh bayangkan macam mana hidup kita kalau tak ada suami atau isteri di samping. Tambah kalau ada anak. Jadi doakan saja mereka. Walaupun depa ni selebriti tapi depa pon manusia juga sama macam kita. Cuma kita ja tak terkenal.

Tapi kalau perempuan bila hati depa dilukai amik masa juga la nak pulih. Sama ada usaha Engku Emran berjaya ke tak, hanya Erra ada jawapannya.

Apa-apa pon Aleesya memang comel. Aku ingat lagi masa Aleesya masih kecil ramai yang mulut capoi cakap mak bapak lawa anak tak comel Allah! Sanggup depa cakap budak kecik yang tak tahu apa-apa tu macam tu. Sekali bila dah besar memang comel tambah cerdik plak budak tu silap-sila lagi comel dari anak hang tu nanti. Jadi mulut jangan nak capoi sangat na...


Kita doakan yang terbaik saja untuk mereka.



Kamus Utara

Depa  = mereka, diorang
Capoi = celupar



SEMAKAN KEPUTUSAN UPU LEPASAN SPM 2013



Bagi calon SPM yang memohon Kos tertentu, Semakan Keputusan panggilan Temuduga Program dibuat seperti maklumat berikut:


DIPLOMA/ASASI/SARJANA MUDA SAINS (SENIBINA) BAGI LEPASAN SPM/SETARAF DAN PENERAPAN PRA DIPLOMA KE DIPLOMA SESI AKADEMIK 1 2014/2015. KEPUTUSAN BOLEH DISEMAK PADA 14 APRIL 2014 (ISNIN) MULAI JAM 3.00 PETANG. SILA LAYARI online.uitm.edu.my (BAGI PROGRAM BERTEMU DUGA SAHAJA)  

SEMAKAN KEPUTUSAN PANGGILAN TEMU DUGA BAGI PROGRAM PROFESIONAL (AC150 DAN AC160 SAHAJA) SESI AKADEMIK 1 /2014/2015 BOLEH DISEMAK MULAI 11 APRIL 2014 (JUMAAT) MULAI JAM 5.00 PETANG. SILA LAYARI online.uitm.edu.my

PERMOHONAN KE PROGRAM PROFESIONAL AC551 (ACCA), AM550 (ICSA) & LW222 SAHAJA SESI AKADEMIK 1 2014/2015 (SEPT 2014) BAGI PELAJAR SEMESTER AKHIR PROGRAM SARJANA MUDA UiTM SAHAJA MULAI 7 HINGGA 25 APRIL 2014 JAM 12.00 TENGAHARI. SILA LAYARI online.uitm.edu.my


Selamat berjaya. =)


Saturday, April 12, 2014

SELAMAT HARI LAHIR SAYANG



Assalamualaikum dan salam sejahtera

27 Mac tarikh aku dilahirkan oleh ummi. Alhamdulillah dapat merasa nikmat bertambah lagi umur satu angka. Tahun ni ada suami di sisi nak sambut befday.

Tapi suami aku ni bukan jenis reti nak romantik bagai ni. So hari lahir aku dia tak ada la beria nak wish bagai. Cuma sebelum tidur tu dia cakap

"Selamat hari lahir sayang.. Nah hadiah.. sambil cium pipi kanan, pipi kiri, dahi.."

Itu pon dah buat aku tidur dalam senyuman sampai ke pagi. Romantik? Bukan jenis suami aku walaupun laki yang romantik aku nak. Tapi perbuatan dia tu yang menunjukkan keromantika dia hahaha....

Hadiah yang paling bermakna adalah ada suami di sini di saat kita memerlukan =,)



Friday, April 11, 2014

POWER BANK



Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Sebenarnya dah lama aku dok dengar laki aku cakap nak beli power bank tapi still tak beli-beli lagi. Sampai ke Sabah cari power bank hahaha... Tapi still tak beli lagi.

Kebetulan baru-baru ni ada buka web Lazada. Survey tengok aku pon beli power bank untuk suami konon nak buat surprise sebab aku tak bagitau pon aku beli. Pos terus ke rumah dia di Perlis.

Kelmarin dia call gtau ada power bank sampai rumah. Ada beli ka? Aku pon kemain cakap tak tau *berlakon sket* pastu tanya la berapa RM, warna apa?  Dia cakap Pink pastu dua-dua tergelak hahaha...Dia pon layankan saja padahal dah tahu sapa lagi nak beli dekat dia. Kemain hang nowh beli Power Bank warna pink kat laki hang hahahaha.....

Saja la nak pekena dia. Warna pink tu hahaha.... Pastu dah malas nak berlakon ngaku jer la kata aku beli. Dia kata pandai nowh wat surprise kat dia. Ye la yang tu jer mampu aku buat tambah duduk jauh macam ni. Kira minggu depan masuk la 3 minggu tak jumpa =,( 

Aku kena kerja minggu ni. Cuti pon tak banyak at least aku boleh claim cuti ganti nanti. Sekarang ni kesihatan aku tak berapa baik sangat. Tengok macam normal jer tapi adakala dok tahan sakit. Kat suami pon aku tak gitau pasal ni huhuhu... Tak nak la buat dia risau. Semalam dah p klinik tu pon jenuh kena bebel dulu dengan mek wawa. Tapi sebab tak tahan sangat aku gagah p klinik gak. Pagi ni still sakit lagi dalam perut.

Hari sebelum tu memang aku ada muntah-muntah. Lepas tu ada rasa sakit sebelah kiri. Tapi tahan jer bila dah tak tahan baru pergi klinik. Bila malam memang tiba-tiba tertido je..Padahal aku bukan jenis macam tu. Suami whatsapp pon tak sedar. Kadang-kadang dia call pon memang aku tak sedar. Tak gitau pon aku sakit kat dia. Tak nak dia risau plak. Minggu depan dah nak jumpa sabar kejap jer la..

Lepas ni dok fikir nak buat surprise apa kat dia. Kalau nak harap dia buat surprise memang tak la sebab dia bukan jenis macam tu. So tak payah nak feeling mak jemah or bandingkan laki sendiri dengan orang lain. Kita kenal pon dia dah memang macam tu. Terima la seadanya yer??



Thursday, April 10, 2014

REVIEW HOTEL DI KOTA KINABALU, SABAH



Assalamualaikum dan salam sejahtera

Sebelum aku pergi ke Sabah opkos la antara salah satu ciri yang penting adalah mencari hotel. Setelah baca review di blog-blog macam ampa baca sekarang akhirnya aku memilih One Borneo Tune Hotel dan J-Residence. 


TUNE HOTEL KOTA KINABALU

Malam pertama dan kedua adalah di Tune Hotel One Borneo. Masa aku survey tanya kawan-kawan yang duduk Sabah dan pernah ke Sabah, diorang kata hotel ni jauh. Tapi bagi aku ok jer.. Tak la jauh mana sebab pemandangan di tepi jalan buat kita leka. OTW ke sana akan lalu persisiran pantai lebih kurang macam dekat area Queensbay dan Seagate. So kalau nak berhenti amik angin pantai pon OK.

Kalau duduk area bandar KK aku rasa lagi serabut sebab banyak kenderaan. Kelemahan nak ke Tune Hotel ni satu jer kalau masa tak kena kita akan terperangkap dalam jammed tapi still bergerak la. Maybe sebab time aku pergi tu memang cuti sekolah dan juga hari kerja. 

Memang puas hati la dengan Tune hotel ni. Tak ada la kecik sangat. Cuma time housekeeping jer macam tak kena. Waktu petang time aku dengan suami dok berehat dia datang ketuk pintu tanya nak ke tak. Aku suruh dia amik sampah dan sapu jer la rambut yang berguguran hahaha...

Gambar bilik tak sempat snap sebab sampai jer keluar kan barang-barang jadi kalau amik gambar nampak barang kami jer so tak payah snap huhuhu...

Harga bilik pulak RM 110 aku hanya amik aircond 12 jam dan toileteries. RM 110 untuk 2 malam. murah sangat dah tu. Sesuai untuk bajet kecik. 

Dan yang bestnya dia berkembar dengan One Borneo Mall. So malam tu pergi Giant jumpa sahabat baik aku yang tinggal dekat Tower B One Borneo. Kat semenanjung tak jumpa kat Sabah plak jumpa. Tu pon kebetulan dapat tau dia dok Sabah, skali aku bagitau duduk Tune Hotel memang dekat la dengan dia. =)

Apa yang tak best:

Bilik ni panas kalau buka kipas sahaja. Nasib baik amik aircond. Kalau kedekut sangat memang berpanas la gamaknya. So jangan kedekut dan pandai-pandai la jimat penggunaan aircond. =P



J-RESIDENCE

Hotel kedua yang dipilih adalah J-Residence di Kundasang. Dalam 300 meter ke Kinabalu Park. Memang dekat sangat. Suasana kat sini sejuk gilerrr... Malam-malam tidur siap lapik 2 selimut lagi dan berlengan kan laki #ehhh =P. Laki aku lagi la menggigil dah la spesis cekeding hahaha.....

Aku amik house 1 sebab rasa privasi sikit. Nama pon honeymoon kan hahaha... Kalau house 2 berkembar lebih sesuai dengan yang datang 2 atau 3 buah family sebab dia satu balcony. Kalau nak tau lebih lanjut boleh ke web: J.Residence

Rate plak aku dapat RM 88 semalam sebab datang time weekdays.

Ni antara suasana di House 1. 


Sebelum katil menjadi satu hihihi...



Layan DVD jer sebelum tidur


Siap ada balcony kecik. Udara sini memang nyaman. Yela kaki Gunung Kinabalu kan ;)



Pemandangan kat luar




Kemudahan yang disediakan adalah:
  • Hot Shower
  • Summer House (Multi-pupose Area)
  • LCD TV with DVD Player
  • House keeping service
Apa yang tak best:

Bau dari bilik ni agak kuat, ye la diperbuat daripada kayu so memang ada bau sikit la. Tapi tak la ketara sangat. Diorang pun ada letak air-freshner Dan bila malam macam-macam bunyi ada maybe sebab kayu yang mengembang bila malam. Cuma agak seram juga la hahaha... Laki bini macam tercengang juga bila dengar bunyi gitu huhuhu. Selain itu jalan time nak turun memang agak tinggi so memang berdoa la kereta viva tak buat hal hihihi... Yang lain semua terbaik. 

Jadi aku suggest la 2 hotel ni untuk ampa try terutamanya yang bajet kecik macam aku hehehe... Hotel dah review nanti aku review kereta sewa plak. 




Friday, April 4, 2014

REVIEW: HARUM MALAM VS WIRA MALAM



Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Hari ni aku nak perkenalkan satu produk yang makin terkenal sekarang... Produk tersebut adalah Harum Malam. Nama pon dah Harum pastu ada malam pulak.. Aummm sangat hehehe

Dulu aku penah review pasal kebaikannya dalam entry cara nak atasi bau badan dengan Harum Malam. Kali ni Harum Malam dah bertukar packaging. Warna pink gitewww... Suka plak aku tengok... =)




Cara nak beza packaging lama dan baru.




Tambah bila dah kahwin ni, kebersihan diri kena jaga lebih lagi. Nanti badan busuk, suami pon tak lalu nak tengok kita. Harum malam ni memang boleh cegah bau badan kalau kita amik secara konsisten. 




Bagi wanita yang ada masalah keputihan Harum Malam boleh merawat masalah keputihan. Bagi wanita yang ada masalah keputihan yang teruk, boleh cuba HM. Kadang-kadang keputihan ni akan bagi rasa tidak selesa kepada wanita. Mungkin juga akan menjejaskan hubungan suami isteri kalau keputihan ni terlalu teruk sehingga ada bau yang kurang menyenangkan. 





Tapi jangan salah faham plak. Produk ni sesuai untuk semua lapisan masyarakat. Yang belum kahwin pon boleh makan. Sebelum kahwin pon aku makan. So jangan ingat ni untuk orang yang dah kawen ja. Lagipun rasa dia sedapp.. Tak pahit pon. Rasa macam madu pon ada. Kalau aku makan mesti rasa macam nak makan lagi sesudu. Sebab sedapppppp....

Yang bestnya sekarang ni ada produk khas yang dikeluarkan untuk lelaki Wira Malam namanya. Wira Malam VS Harum Malam = terbaikkk hihihihi....Boleh try bagi En Suami makan plak =P



Untuk dapatkan produk ni boleh la lawati ke FB: > www.facebook.com/LegacySecretTrading
Kalau nak dapatkan tips boleh ke FB > http://harummalam.com/category/tips/
Harga RM 33(WM) dan RM 35 (EM)

Thursday, April 3, 2014

REVIEW 1: HONEYMOON KE KOTA KINABALU, SABAH


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Haluuu cheq baru balik dari honeymoon dengan suami di Sabah. Ciwi sangat aihh hahaha... Moh baca pengalaman kami di Sabah. Aku booking tiket flight dan Hotel dah lama dah dari tahun lepas lagi masa tu baru tunang kot kalau tak silap. Ke sebelum tunang eyh? Rasanya lepas tunang.

Masa tu tanya bakal Suami nanti nak p Sabah tak? Lepas tu dia macam berdolak dalik lagi nak p ka tak mau p. Kebetulan Air Asia buat promosi, aku tanya dia lagi nak p Sabah ka tak, bila dia kata ikut la... Terus aku booking. Mula la survey hotel-hotel mana yang kami duduk sesuai la dengan bajet kami yang kecik ni. Honeymoon bajet katanya. 

Aku dengan suami aku berbeza sikit, aku ni jenis kaki berjalan, suami plak jenis tak suka sangat. Jadi macam mana pon nak kena bagi suami suka berjalan juga hahaha.. Jadi travel ke Sabah ni adalah satu permulaan untuk dia. Yela membesar, sekolah, kerja semua kat Perlis, bila dah kahwin dengan aku yang kaki berjalan ni baru nampak dunia sikit hahaha

Aku plan 4 hari 3 malam ke Sabah. Plan dua malam di Kota Kinabalu dan satu malam di Kundasang. 

Malam sebelum kami bertolak tu, kami sewa MYHOME dekat Sri Rampai. Area rumah aku juga la. Rate RM70 sebab dapat rate government. Tapi kecik. Jadi la sebab nak tidur kejap jer. So dalam pukul 5 pagi tu dah siap-siap dalam pukul 6 lebih kami bertolak ke LRT Sri Rampai. Sampai KL Sentral terus ke kaunter tiket ERL. Rancang tu nak naik bus tapi dah menurut penjaga kaunter ERL, ERL lagi cepat sampai sebab kalau naik bus kena mengadap Jammed lagi.

Dalam 40 minit naik ERL dari KL SENTRAL-SALAK TINGGI. Kemudian amik Shuttle Bus ke LCCT. 20 minit dah sampai LCCT. Terus Check In dekat mesin Self Check-In. Breakfast dulu kemudian naik "Belon" jam 11.05 am. Kami masuk kul 9 lebih macam tu untuk masukkan luggage. 

Mula tu debor la juga sebab first time nak naik flight. Tapi jadi syok plak hahaha... Aku duduk tepi tingkap so memang nampak Sayap Flight. So Snap la gambar. Aktiviti wajib kalau naik flight katakan hahaha...








Tido dah cheq abe ni... Letih sebab kena bangun awal sangat. (tempat dah bertukar masa aku ke toilet)


Sampai KK dalam pukul 1.55 PM. Tunggu kereta sewa datang. Sempat la makan KFC dulu sebab lapor sangat. Sewa keta VIVA jer... RM100 sehari tapi dapat RM90 sebab amik 3 hari. Masa nak bayar dia kurangkan lagi jadi RM260 sebab kereta kotor katanya hahaha... Rezeki kami alhamdulillah. Puas hati la dengan kereta viva tu. Kereta baru, memang sedap la bawa. Kalau ada yang nak sewa kereta boleh contact Nik Azlan- 0195851031

Malam tu lepas magrib, kami ke Borneo Mall, Tune hotel ni kira bersebelahan dengan Borneo Mall atau lebih tepat satu bangunan. Nak dijadikan cerita sahabat baik aku dari waktu sekolah dulu, yang menggila sekali,  yang pernah bersusah senang sama-sama waktu sekolah dulu rumah dia atas Borneo Mall tu. So jumpa kejap kat Giant. Anak pon dah masuk 2. Rindu wooo kat dia. 



Kebetulan kami nak keluar makan dia suggest makan dekat Gayang Seafood. Aku dengan laki dengan berpandukan Waze pon keluar la mencari sesuap nasi. Tapi Waze wat gila dekat kami. Bawa masuk hutan mana tah. Dah la jalan tuaran tu gelap gelita. Memang cuak la laki bini. Dia bawa masuk lombong mana tah. Nasib la aku ni tak lurus kalau ikut tu siap terfikir maybe restoran ni duduk dalam sikit kot hahaha.. Senget kepala hotak aku ni. Laki aku masa tu dah nak naik angin dah. Yela nak sangat makan kat situ sekali entah jalan mana dia bawa. 

Masa patah balik, OTW balik tu baru nampak Signboard Gayang Seafood. Sekali dah terlepas masa datang tadi. Aiyak. Macam mana boleh tak perasan. (spek tak bawa macam mana nak nampak) -_-"

Order Ketam Bakau masak cili. Harga dia setengah kilo RM 30, Sayur kailan goreng ikan masin RM 10 sepinggan, Udang masak butter RM 30 untuk setengah kilo. Memang kena order macam tu. Dia kira kilo. 


Ketam masak cili memang terbaikkkkkk



Udang Masak Butter Kering


Mabelesss memang sedap. Ketam dia perghhh sampai sekarang dok teringat lagi. Udang ja makan tak habis sebab sampai lewat. Elok nasi pon dah habis dah. So tapau bawa balik hotel jer. Setengah kilo makan udang berdua memang tak habis la huhuhu...



Kalau nak makan belut pon ada..



Lepas kenyang makan, kami p bandar KK sebab rasa macam awal lagi. Misi mencari Kuih cincin dan amplang. So pergi dekat Pasar Filipine. Masa tu banyak dah kedai tutup. Tiba-tiba jumpa satu kedai ni Kak Mina nama dia. Dapat la harga murah sikit sebab beli banyak pastu dia suggest dekat kami Bot ke Pulau Manukan sebab aku ada bagitau nak ke Pulau Manukan pulak esok tu. RM30 sorang kalau naik bot. Dia kata bapa dia ada buat sewa bot.

Janji pukul 10.00 tapi pukul 11 pagi baru kami sampai. Hewhew... Jalan Jammed =P. Lepas tu dia amik RM20 sorang untuk snorkeling. Tapi masa nak turun bot tu pemandu bot tu tanya sapa nak snorkeling RM10. Jadi aku nasihatkan sebelum naik bot tu ampa just bayar duit bot jer. Masa dah sampai Manukan baru amik pakej peralatan snorkeling.

Contact kak Mina- 014-5511414 deal dengan Kak Mina pukul berapa nak naik bot. So naik dekat Bulatan yang ada Ikan Todak





Cuma nak ke sana memang sakit pungkok la atas bot tu. Bot laju pastu ombak macam kuat asyik terlompat-lompat ja. Tapi seronok hahahaha....Bila sampai di Pulau Manukan rasa wahhhhhhhhh




Cantik gila pemandangan.





Via Monopod

Malam tu keluar makan dengan Adila dan family. 

Sahabat selamanya =)



Ni baru part 1. Rasa lelah dah nak menulis hahaha... Nanti aku sambung lagi pasal honeymoon kami di Sabah ni.. 

#kbai



Wednesday, April 2, 2014

BERSYUKUR


Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Wiwit rindu aku tak? Tak rindu? Ada aku kisah? hahahaha gurau jer... =P Alhamdulillah aku baru menyambut ulang tahun kelahiran yang ke 2*. Tahun ni special sket dari tahun-tahun yang lepas sebab kali ni ada suami di sisi dan kami menyambut di Sabah, honeymoon katakan hehehe 

Syok p sabah... Niat di hati nak update pasal p sabah hari tu tapi nanti la dulu. Postpone lagi, entry kawen pon belum up lagi. Gambar tak dapat lagi la =(

Aku sebenarnya suka cerita pasal PJJ ni almaklum la sekarang ni kebetulan ramai kawan-kawan yang turut sama PJJ. PJJ lain negeri kira ok la lagi, ni lain-lain negeri tapi beruntung la tak keluar dari Semenanjung lagi. Jadi kalau ampa rasa PJJ ni susah, ada orang lagi susah daripada kita bila jarak lagi jauh.

Aku kadang-kadang rasa kesian dengan suami, tambah kawan-kawan rapat dia yang kawin beturut maksudnya lepas sorang, sorang pastu tiba giliran kami plak kena duduk jauh. Selalu la dia ceta kena usik malam jumaat tak balik rumah ker? 

Memang la kita rasa benda tu melawak, tapi dalam hati dia mesti la dia rasa sedih. Bini dok jauh, tak kira la malam jumaat ka malam apa ka, yang tu kita tolak tepi. Persoalannya sekarang JAUH. Tambah bila ada kawan-kawan dia yang isteri dah mengandung. Kita perempuan ni selalunya tak dapat baca hati lelaki. Bila depa sedih, depa bukan nak tunjuk sangat kat kita. Setuju tak?

Kita sebagai isteri mesti dapat merasainya. 

Tapi tak apa anggaplah ini satu ujian. Cuma PJJ ni bila kita ada dengan suami, kita akan guna masa tu sebaiknya. Gaduh pon gaduh-gaduh manja. 

Dan paling aku bersyukur sekali aku dapat mak mentua yang sangat memahami. Walaupun adakalanya aku risau gak penerimaan mentua. Bila kita balik, letih perjalanan naik bus pon tak habis lagi. Kadang-kadang terlelap dalam bilik. Bila terjaga cepat-cepat aku bangun dan keluar bilik walaupun rasa letih tak hilang lagi. Aku tak nak depa anggap aku ni balik ja berkurung dalam bilik sampai tak keluar. Tak apa la berkorban sikit rasa letih tu. 

Baru-baru ni lepas balik hantar suami kat Perlis, pagi esok tu aku siap-siap nak balik Alor Star plak sebab nak ke hospital tengok walid, pagi tu dah siap. Tapi aku terlelap plak. Naik segan juga la dengan mak mentua. Keluar ja terus dia suruh aku makan dulu nasi lemak yang abah beli. Lepas tu aku masuk bilik bersiap nak balik. Masa tu emak dah kalut hidang nasi dekat aku. Rupanya pagi-pagi lagi dia dah kesah masak untuk tengahari nak bagi aku makan dulu.

Walaupun aku kenyang lagi makan nasi lemak, emak suruh makan gak sikit nasi dan lauk yang dia dah masak. Rasa terharu pon ada. Pagi-pagi dah kelam kabut masak awal untuk bagi menantu dia makan. Alhamdulillah besyukur sangat dapat mak mentua yang sangat memahami keadaan anak menantu dia ni. 

Insyaallah kita akan jaga anak dia elok-elok. Akan membahagiakan suamiku ini...



=)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi