Friday, May 30, 2014

MC 2 HARI

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hari ni buat pertama kalinya dalam sejarah Perkahwinan aku dapat Salam suami dan hantar suami sampai muka pintu. Subhanallah nikmat rasanya sebab benda-benda kecik macam ni bg mereka yang PJJ merupakan perkara yang besar dalam hidup mereka.

Mereka yang dapat Salam dan cium tangan suami setiap hari sangat beruntung. Tapi alangkah ruginya mereka yang dapat buat macam tu setiap hari tapi tak buat. Ayok Mulakan langkah pertama. 


En suami tengah bersiap nak pergi kerja. M


Agaknya ni hikmah aku sakit. Semalam doctor bagi MC  2 hari. Terus fikir nak balik ke tak sebab tiket dah beli untuk hari jumaat. Call tanya kaunter tiket dia kata boleh tukar tapi kena Bayar Rm 2 jer. Terus siap-siap pergi jalan duta.

Sampai sana tiket awal dah habis tinggal pukul 6.30 ptg jer. Masa bas 4.15 sampai aku doa ada kosong seat supaya aku boleh naik dulu. Alhamdulillah ada seat single kosong. Rezeki aku Syukur...

Tapi sampai ja kangar turun bas terus muntah. Tak nyempat2 nak cari port. Longkang pon jadi. Suami sampai ja tgk bini dah lembik. 

Sampai umah dia pegi dapur buat kan roti sapu marjerin gula,tapi aku memang tak makan silap2 boleh muntah lagi. Cian laki aku semangat bawa masuk bilik tapi bini dia tak makan. Masa nak tdo dok dengar aku mengaduh sebab perut dah pedih dia paksa aku Bangun gak makan.

Suami buatkan milo, cicah biskut 2 keping Alhamdulillah dah ok sket. Syukur da suami macam ni. Bila duduk jauh dia tak dapat jaga bila bini depan mata tu yang dia buat sehabis baik. Harap2 penantian kami PJJ akan berakhir tak lama lagi insyaallah  


Friday, May 23, 2014

SUBJEK STPM DAN TIPS BELAJAR DI TINGKATAN 6


Assalamualaikum..

Aku dapat soalan sebulan yang lepas tapi hari ni baru nak jawab ampunnn dik.... Ni soalan dia. 



SUBJEK STPM

Meh akak nak jawab yer... Tapi bahasa kan diri aku jer la eyh sebab senang sikit taip =P. STPM ni ada 2 aliran, satu aliran sains, satu lagi sastera. Kalau sains tahu saja la subjek killer punya selalunya ramai chinese yang akan amik aliran ni dan jangan tak tahu kebanyakan chinese lagi suka sambung STPM. Masa STPM aku amik aliran sastera, subjek Geografi, Pengajian AM (Wajib lulus), Sejarah dan Bahasa Melayu. 

Tengok subjek macam senang ja kan? Tapi ampa tahu tak STPM adalah peperiksaan paling susah di dunia. Pernah dengar tak? Ni la yang aku dengar dulu . 4 subjek jer aku amik tapi 1 subjek tu akan pecah kepada 2 paper. Jadi akan ada Geografi 1, Geografi 2. Sebagai contoh Sejarah 1 dan sejarah 2. Sejarah 1 pasal Tamadun Islam manakala Sejarah 2 pasal sejarah Malaysia ha macam tu serba sedikit mengenai paper dalam STPM. 

Sebenarnya tak ada la susah mana STPM ni. Macam aku masa memula memang aku pon malas gak tapi bila aku fikir SPM aku result macam apa lagi sebab aku amik aliran science yang mana memang aku tak minat so result Biologi, ADD Math, fizik, kimia, tu semua setakat lulus jer la. Result yang lain siap A1 B3 hahaha tapi hampeh juga sebab subjek tu semua mencacatkan result aku. T_T. 

Tapi bila amik STPM ni aku kena cari sesuatu yang boleh jadi pemangkin untuk aku lebih berusaha. Subjek yang aku amik plak memang aku minat jadi tak ada alasan lagi. Cara nak naikkan semangat aku balik, aku jadikan kawan aku sebagai pesaing dalam pelajaran. Memang kami bersaing secara sihat. Kalau dia lebih dari aku, aku akan pulun buat sampai aku lebih dari dia macam tu la kami buat sampai result STPM kami keluar.


Pinjam pakcik google punya


TIPS BELAJAR?

Tips belajar tu aku rasa ikut kepada keselesaan masing-masing. Ada lebih senang belajar waktu pagi, ada yang suka belajar waktu malam. Macam aku, aku tak ada masa tetap. Kalau aku rasa nak study aku study kalau tak umi dan walid paksa study pon memang aku tak buat la. Tapi kita kena cari dan tahu waktu mana yang kita senang nak belajar dan ulangkaji.

Kalau kat sekolah tu, cikgu akan tanya soalan dan beri latihan. Aku akan pulun buat dan jadi orang pertama yang angkat tangan. Aku juga orang yang suka bertanya dalam kelas walaupun duduk belakang sekali dalam kelas. Biar la kawan kita rasa kita ni banyak tanya asal kita paham sudah. Nanti nak menjawab kita, jadi pastikan ampa paham betul-betul kalau tak paham tanya cikgu. 

Kalau dalam geografi cikgu Tan suka suruh kami lukis graf, kelok tak kelok suma benda alah tu kan. Aku tak minat sangat nak lukis-lukis ni tapi sebab aku tahu aku ni lembab sikit bab ni aku suka tanya kawan aku yang pandai pasal ni. Alih-alih aku lagi pandai hahaha #kbai

Yang penting jangan malas la dan rajin berusaha. Macam Sejarah 2 aku minat dan aku antara pelajar yang aktif dalam kelas. Jadi kita kena jadi pelajar yang aktif bukannya pasif. 

Nota Kecil

Ok kalau dalam sejarah banyak fakta dan tarikh yang kita kena ingat. Jadi sediakan nota kecil. Selalunya aku amik kertas Kajang tu Lipat 2, kemudian guna pen 3 warna ja Merah, Hitam dan Biru. Kalau pen warna warni aku jadi serabut. 3 warna tu jadi la. Buat nota kita sendiri yang boleh kita senang ingat. Macam aku kalau baca saja memang tak ingat tapi aku jenis baca sambil tulis.

Baca sambil tulis lagi cepat ingat. Kalau tak percaya cuba la. Ataupon guna kreativiti ampa sendiri macam mana nak buat. Kalau dalam sains dulu aku lukis pokok kemudian kat dahan dia tulis fakta yang kita ingat contohnya macam tu la. 

Pendek kata belajar kat mana pon kalau kita buat betul-betul insyaallah kita akan berjaya. Jadi jangan anggap kegagalan semalam sebagai punca kegagalan masa depan kita. 

Dalam entry sebelum ni aku ada kongsi kan Tips Menentukan Hala Tuju Selepas SPM dan STPM.  Jemput baca juga. 

Wednesday, May 21, 2014

TEMPAHAN BAJU KOPRAT/ T-SHIRT/ JERSEY DENGAN HARGA MURAH


Assalamualaikum...

Entry ni khas untuk ampa yang tengah cari tempat nak buat tempahan untuk baju koprat. Selalunya baju koprat atau pon baju F1 susah nak cari harga yang berpatutan kan? Tapi sekarang anda boleh tempah dengan harga yang jauh lebih rendah dari pasaran tapi kualitinya standard seperti yang ada di pasaran paling penting siap pada masa yang dijanjikan. 


Ni beberapa contoh baju koprat yang ada. Tapi ada banyak lagi design yang boleh anda tengok. 










Selain dari baju koprat kami juga menerima tempahan untuk baju cotton, jersey, topi dan jaket eksekutif. Harga bergantung kepada jumlah tempahan, design dan jenis kain. Contoh baju cotton pelbagai warna.





Selalunya banyak tempahan dari sekolah-sekolah dan juga IPT yang kami terima. Jadi kalau anda berminat nak tempah boleh email anyss273@gmail.com / qaireenshah@gmail.com atau whatsapp 010-7652217. Detail akan diberikan kepada anda. Email anda akan dibalas secepat mungkin




Tuesday, May 20, 2014

3 MINGGU


Assalamualaikum dan salam sejahtera

3 minggu pregnant? Mesti yang tu yang ampa pikiaq kan? No lah haha.. 3 minggu berturut-turut aku balik utara bulan ni saja. Memang sangat penat tapi happy sebab dapat jumpa suami =)

Badan pon dah semakin mengembang suami pon perut makin membuncit hahaha... Well biasa la orang lepas kahwin. Bahagia kata kan huhuhu =P


Pipi yang makin mengembang ke tepi



Dalam meniti rumah tangga ni sebenarnya ada manis dan pahit nya. Cuma kita kena pandai mencorakkan rumah tangga. Alhamdulillah dapat suami yang kuat mengalah sebab bini dia memang jarang nak mengalah tapi sebenarnya bini adakala turut mengalah. 

Dalam rumah tangga jangan nak berkeras sangat dengan pasangan kita sebab mesti kita nak rumah tangga yang harmoni. Kalau tua-tua dok bergaduh malu kat anak-anak. Jadi satu pihak jangan la terlampau nak berkeras. 

Semoga rumah tangga kami yang baru setahun jagung ni akan kekal bahagia sampai akhir hayat kami.

Rindu laki sob sob sob



Wednesday, May 14, 2014

CABARAN 30 HARI BERSAMA LEGACY SECRET LAXING

Assalamualaikum dan salam sejatera..

Lepas kahwin ni berat aku naik 4KG wehh.... *Urut dada*. Em laki aku pon dah bagi hint suruh exercise. Tapi nak buat macam mana dapat bini malas Exercise kalau berjalan kalau boleh seret kaki tu dah lama aku buat. hahaha

Ekceli kan aku takut juga nak makan pil-pil kurus ni sebab selalu dengar benda tak elok jer. Tapi aku dah temui satu cara untuk kurus. Nak tahu apa??






Dia punya bau rasa macam perisa anggur... Bahan-bahan yang ada di dalamnya pon kebanyakan adalah dari bahan semulajadi contohnya

  • Honey (Madu) 
  • Prune 
  • Delima 
  • Goji Berry
  •  Sireh 
  • Beet root 
  • L-carnitine 
  • Senna leaf 
  • Garcinia Cambogia 
  • Green Tea 
  • Acai Berry 
  • Dandellion 
  • White Kidney Bean 
  • Grape Extract 
  • Rose water

Harga mampu milik plak tu. Tak payah nak habiskan beribu-beribu duit kita untuk ke pusat pelangsingan badan. Harga nya cuma


  • RM 33.00 sebotol (Semenanjung Malaysia) RM 39.00 sebotol (Sabah & Sarawak)

Dah la murah banyak plak khasiat tu antaranya adalah:

  • Membantu menjaga kesihatan mata dan kulit serta menjadikan tubuh awet muda 
  • Membantu mencegah timbulnya penyakit berbahaya 
  • Mengandungi serat konsentrat untuk membantu melancarkan proses buang air besar dan memperbaiki sistem pencernaan tubuh 
  • Membantu meningkatkan metabolisma pembakaran lemak menjadi energi Membantu meningkatkan energi dan stamina 
  • Membantu mengawal rasa lapar 
  • Membantu memperbaiki penampilan tubuh dan mengencangkan otot Sebagai anti-oksidan dan mengoptimalkan proses detoks racun dan memperbaiki sistem pencernaan Green Tea membantu menormalkan kolestrol dan gula darah 
  • Membantu meningkatkan pembakaran kalori & lemak tubuh (thermogenic) agar terjadi penurunan massa lemak dan peningkatan massa otot 
  • Membantu mengecilkan lingkaran pinggang dan merampingkan perut 
  • Membantu mengawal berat badan dan membentuk tubuh yang ideal




Serius la siapa tak nak kurus tambah dah kahwin macam aku ni. Dapat plak suami cekeding hahaha nak tak nak kena la berusaha gak nak kurus. Cuaca plak tak menentu sangat sekarang ni nak pergi jogging pon rasa malas (alasan) =P. Jadi kita cari cara lain untuk kurus. Tapi lagi bagus kalau amik produk ni dalam pada masa yang sama bersenam.

Lagi pon mudah jer nak minum. Hanya perlu amik 2 sudu besar 2 kali setiap hari. Walaupun sedap jangan curi-curi minum lebih plak. Kalau nak makan ubat pon kena ikut sukatan yang betul macam tu juga la Secret Laxing ni. ;)


Tips Makan Secret Laxing
  • Jangan makan lebih dari yang dianjurkan 
  • Ibu hamil dan menyusui dilarang makan
  • Sesuai dimakan dari umur 18 tahun - 50 tahun.
  • Hindari minuman bersoda dan alkohol kerana akan mengurangkan effect produk.
  • Banyakkan minum air putih dan buah untuk melancarkan sistem metabolisme tubuh. 

Jadi buat lah keputusan sekarang. Nak kurus tak? Hihihi...  Kalau nak beli boleh ke ~ FB Secret Laxing (KLIK LINK)

Kalau nak tahu lebih lanjut mengenai produk-produk dari Legacy Secret boleh ke FB diorang




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi