Monday, June 23, 2014

APA ITU UTI @ KENCING KOTOR?



Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Siapa pernah kena UTI atau istilah yang senang paham kencing kotor. Selalunya setiap perempuan akan kena sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. Selalunya juga wanita yang hamil dan baru berkahwin akan selalu kena.

Aku dah sebulan kena UTI. Memang seksa sakitnya sebab kena bahagian pinggang. Doktor suspek batu. Aku dah buat x-ray semua so 25hb ni tunggu appointment dengan doktor plak kat HKL. Dengar macam alah..Kencing kotor ja pon..Tapi sakitnya Allah saja yang tahu. Memang sakit sangat-sangat dekat bahagian pinggang. Aku kena sampai menggigil tahan sakit. Lepas tu muntah-muntah. 

Suami plak duduk jauh... Tak ada sapa nak tolong tengokkan =,( Jadi terpaksa bertabah. Semalam kena memang aku tak dapat tidur sampai ke pagi. Sakit sangat-sangat. =( Mungkin ni dugaan yang perlu dihadapi bila PJJ ni, sakit sorang-sorang.

Ni sikit maklumat tentang apa itu UTI.

............................................................................................


Apa itu UTI?

Jangkitan saluran kencing (Urinary Tract Infection - UTI) berlaku apabila sistem perkumuhan tersebut dijangkiti bakteria. UTI biasa berlaku kepada wanita berumur di antara 20 hingga 50 tahun. Lebih kurang 50% daripada wanita akan mengalami UTI sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.

Cystisis, sejenis jangkitan pada saluran kencing, adalah UTI biasa yang kerap dihidapi wanita hamil.

Jika dibiar tanpa dirawat, UTI boleh menjadi agak sakit dan mungkin berbahaya kerana jangkitan boleh merebak ke atas dan sampai ke buah pinggang. Jika jangkitan buah pinggang dibiarkan tanpa rawatan semasa hamil, ia boleh menjejaskan kesihatan anda dan boleh menyebabkan bayi dilahirkan dengan berat badan yang ringan atau pun pramatang.

Perubahan-perubahan pada badan anda sepanjang tempoh kehamilan membuatkan anda lebih terdedah kepada UTI. Hormon progesteron mengendurkan otot-otot ureter iaitu tiub yang menghubungkan buah pinggang ke pundi kencing. Ia memperlahankan aliran air kencing dari buah pinggang pada pundi kencing. Uterus anda yang semakin membesar juga mengalami kesan yang sama. Ia memberi peluang yang sesuai untuk bakteria kerana ia mempunyai masa yang lebih lama untuk membiak sebelum dialirkan keluar. 

Simpton-simpton UTI termasuklah:
  • sakit atau rasa pedih ketika membuang air kecil
  • sakit di bahagian pelvis, bahagian bawah abdomen, bahagian bawah belakang anda atau di bahagian sisi badan (kebiasaannya hanya sebelah)
  • kencing tidak lawas
  • menggeletar
  • kenaikan suhu badan
  • rasa sejuk dan panas berselang seli
  • loya dan muntah
  • kerap ke tandas
  • tidak dapat mengawal kencing
  • air kencing berwarna keruh, berdarah atau berbau
  • perubahan kuantiti air kencing (berkurangan atau berlebihan)
  • sakit ketika bersetubuh
Tanda-tanda bahawa jangkitan telah merebak ke buah pinggang termasuk suhu badan yang tinggi dan sakit yang berlarutan pada salah satu atau kedua-dua buah pinggang anda.


Saya sering terdedah kepada jangkitan saluran kencing. Apakah yang akan berlaku jika saya dijangkiti semasa hamil?

UTI boleh dirawat dengan selamatnya dengan pengambilan antibiotik semasa hamil. Anda mungkin perlu menjalani siri rawatan selama tiga hingga tujuh hari. Beritahulah doktor anda sebaik sahaja anda menyedari apa-apa simpton kerana UTI yang tidak dirawat boleh menyebabkan jangkitan buah pinggang, yang boleh mengakibatkan kelahiran pramatang.


Apakah yang boleh saya lakukan bagi mengelak jangkitan?

Ambillah langkah berjaga-jaga berikut bagi mengurangkan risiko mendapat UTI:
  • Selepas ke tandas, lap dari hadapan ke belakang untuk menghalang bakteria daripada saluran belakang merebak ke hadapan.
  • Bersihkan faraj anda dengan teliti setiap hari, tetapi elakkan penggunaan sabun yang kuat, douch, krim antiseptik dan produk pembersih wanita yang boleh membunuh bakteria baik dan merengsakan saluran kencing yang sensitif.
  • Kosongkan sepenuhnya pundi kencing anda apabila ke tandas.
  • Segeralah bersihkan diri sebaik sahaja selesai bersama suami.
  • Elakkan mandi terlalu lama atau terlalu kerap.
  • Pakailah pakaian dalam yang diperbuat daripada kain kapas dan elakkan seluar yang ketat.
  • Tukar pakaian dalam dan seluar ketat setiap hari.
  • Rawatlah sembelit dengan segera kerana ia meningkatkan risiko mendapat UTI.
  • Minum banyak cecair terutamanya air kosong.
  • Minumlah jus kranberi jika anda kerap menghidap UTI. Jus kranberi boleh menurunkan paras bakteria di dalam saluran kencing dan mencegah pembentukan bakteria baru, jadi ia membantu menghalang jangkitan kecil. Jangan minum jus kranberi jika anda mengambil warfarin (ubat cair darah)

Info semua dari sini: 
http://www.babycenter.com.my/a25006841/jangkitan-saluran-kencing#ixzz35PuB2900

Tuesday, June 10, 2014

RESEPI TWISTIES LAKSA


Assalamualaikum... 

Baru-baru aku saja la try buat resepi twisties laksa. Siap buat kursus lagi untuk klien aku.  Jadi first time cuba dan alhamdulillah menjadi.





Kalau nak cuba juga ni aku kongsikan resepi twistie Laksa yang aku buat hari tu. 


RESEPI TWISTIE LAKSA 

~ 1 bungkus laksa kering (pilih yang kecik) aku guna jenama EKA
~ minyak masak

Untuk Bahan perasa **


~5 sudu besar serbuk kari @secukup rasa. (kalau nak pedas letak la banyak sikit)
~nestum 5 sudu besar.
~2 sudu besar gula
~1 sudu teh garam / secukup rasa (try ejas sampai puas hati)
(** Blender suma sekali)

Cara nak buat
1. Patah-patahkan laksa kecil-kecil. Tak perlu rendam.
2. Goreng sampai kekuningan dan toskan minyak. Tunggu sampai dah sejuk sikit.
3. Gaulkan laksa yang dah digoreng dengan perencah untuk bahan perasa. Letak dalam bekas @ periuk kemudian tudung dan shake bekas tersebut.

Petua: Bila dah gaul kadang2 perasa akan jadi kurang masin so try ejas garam dalam bahan blender tadi untuk lagi sedap.

Iolss tak guna ajinomoto. Juga boleh tambah kiub knorr dalam bahan untuk blender tadi.

~Selamat mencuba


Saturday, June 7, 2014

SECRET LAXING TERBUKTI BERKESAN HILANGKAN BERAT BADAN


Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Ingat lagi tak entry pasal secret laxing yang pernah aku review sebelum ni? KLIK SINI. So kali ni nak review testimony after sebulan. Tapi disebabkan aku tengah merancang kehamilan aku hold dulu untuk try..

Cuma testimoni kali ni adalah dari salah seorang pengguna SL juga.. Tasha namanya hehehe...

Majority pengguna SL akan mengalami Kekurangan berat badan. Sebab lepas jer makan setiap hari depa pasti membuang yg mana bagus utk depa yang susah nak membuang. Kadang-kadang toksik tu dah berkumpul terlalu lama dalam badan sebab tu banyak sangat lemak tepu hehe...

Ni gambar sebelum tasha guna kan Secret laxing.



Manakala ni gambar selepas menggunakan SL 


Kemain tu perbezaan. Tapi Kalo nak mengharapkan minum SL semata -mata tanpa exercise tak guna juga kan, so kena la seiring. Supaya dapat bentuk badan seperti yang diinginkan. Katanya juga lengan pon dah kecik sket.

Bestnya nak kurus juga... Tapi kena simpan dulu sebab I tengah rancng nak pregnant. Kepada ampa yang inginkan berat badan yang diidamkan boleh try minum secret laxing ni. Sila ke fb Secret legacy. 




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi