Thursday, July 10, 2014

MACAM MANA NAK MOVE ON LEPAS PUTUS CINTA?



Macam mana nak move on bila putus cinta?? Pertama sekali hang kena delete nombor phone dia kemudian gambaq-gambaq hang dengan dia yang penuh dalam folder hang tu. Kemudian hang jangan dok p jadi stalker plak kat FB,IG,Twitter dia.. Pandai-pandai la hang nak hidup. Dunia belum berakhir cheq oi...

Macam mana aku move on?? Macam yang aku tulis kat atas tadi tu la.. Pertama sekali delete nombor telefon. Aku plak jenis bukan ingat no telefon orang. No phone husband aku pon sampai la ni aku kadang-kadang kompius. Hahahaha Terok sangat kan? Kalau ada emergency jenuh. Sebab tu la aku dok hafal nombor laki aku la ni. Kah3....

Mula-mula putus cinta tu sedih la juga... Tapi sebab ada orang lain dok menunggu aku dah rasa tak la sedih sangat hahaha... Cuma bila kita putus cinta jangan la anggap dunia dah berakhir. Ni aku dok tengok bebudak sekarang dok update status kat FB mau gak aku komen ayat berapi. Tapi tahan ja la... Nama pon bebudak.

Sapa tak sedih hoi bila orang yang kita sayang tinggal kan kita tapi hang jangan rasa rendah diri plak. Sepatutnya hang bersyukur bila dia tinggal hang, maknanya hang bertuah sebab dia tinggal hang dari awal daripada dia tinggal hang bila hang dah tunang ka atau dah kawen. 

Masa baru lagi putus cinta memang hang tak berapa nampak sangat hikmah yang ada. Tapi bila hang dah kawen macam aku sekarang ni baru hang nampak hikmahnya. Hang akan rasa bersyukur sangat sebab jodoh hang adalah suami hang sekarang. Kalau hang dapat jodoh macam ex hang mesti hang rasa sakit. 

Aku dengan ex aku ada boleh buat kawan ada yang tak boleh buat kawan. Yang syoknya salah sorang ex aku dlu kami dua-dua nak kawen siap boleh kuaq berdua lagi p cari photographer sama-sama. Tu namanya ex yang boleh buat kawan. Yang tak boleh buat kawan trus hilang dari pandangan dengan bertukar no phone dan aku pon menukar no phone. 

Itu yang sebaiknya... #Sekian perkongsian pengalaman macam mana nak move on lepas putus cinta. 


Ni setempek gambaq aku dengan laki masa honeymoon kat Sabah. Saja nak bagi hampa tengok. 

hakhak







Wednesday, July 2, 2014

BATU KARANG



Assalamualaikum... 

Phewwww.... Baru-baru ni aku disahkan kena batu karang. Sakitnya Masyaallah orang yang pernah kena je tahu macam mana rasa sakit batu karang ni. Sampai demam-demam aku kena. Badan panas tapi menggigil sejuk.

Dengan keadaan kesihatan yang tak mengizinkan, aku pon amik cuti lebih sket untuk berpuasa di kampung dah alang-alang kita tak sihat apa salahnya cuti lebih sket. Tapi Ramadhan pertama dah kejut suami pergi hospital. Menangis sakan sebab sakit, agaknya suami pon dah tak sanggup tengok isteri dah macam apa dah menangis bawa gak ke Hospital Sultanah Bahiyah terus ke Emergency kebetulan plak hari tu memang cuti umum bagi Kedah.

Sampai sana doc tanya sakit tahap mana dari skala 10, sakit aku tahap 8. Sakit sangat maknanya tu. Terus dapat injection tahan sakit kat montot. Lepas tu masuk jumpa Doktor, buat X-Ray. Sebelum buat XRAY doc buat pregnant test dulu bagi make sure aku tak mengandung. Settle suma masuk jumpa doc plak. Melalui PC dia, dia tunjuk gambar xray, nampaknya batu dah turun bawah berbanding sebelumnya dok dekat bahagian pinggang.




Sekarang ni tengah tunggu appointment untuk CT Scan plak. Aku ada dua appointment satu HKL, so tengok yang mana dulu... =)  Harap-harap batu ni boleh keluar cepat. Tak perlu nak opperate.


CARA NAK ELAK BATU KARANG

  • Minum air masak dengan banyak
  • Jangan tahan kencing (kadang-kadang terpaksa tahan kalau perjalanan jauh membabitkan kenderaan awam)
  • Jangan minum air berkarbonat atau pun yang manis dan mengandungi kalsium. Adakalanya puncanya sebab terlebih kalsium.
  • Banyak makan buah-buahan dan sayur-sayuran (aku jarang selalu gantikan dengan air buah)
  • Kurangkan minum susu

PETUA 

Ada yang suggest amik nenas batu dan blender kemudian minum. Aku dah try tapi nenas batu ni kecik ya amat dan susah nak jumpa. Nasib baik kebetulan walid aku tanam tu pon kecik dan dapat air sikit sangat. 

Kalau ada yang nak suggest petua lagi silakan... 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi