Friday, August 29, 2014

8 BULAN ~ PERKAHWINAN JARAK JAUH (PJJ)

Assalamualaikum

Bila aku tengok kalender ada macam perasaan "Ha? Dah 8 bulan kawen?" gitewww tak sedar dah 8 bulan kawen sebab rasa macam baru sangat ja kawen. Apatah lagi bila PJJ ni lagi la tak rasa. Bila kita cakap soal PJJ, aku rasa ramai yang hadapi situasi ni kan? Aku pon banyak kali juga tulis entry pasal ni.

Tapi lepas 8 bulan, aku rasa macam dah biasa dah. Tak ada la rasa macam nak menangis ka sedih-sedih sangat ka tak ada. Sebab apa bila kita tak terlalu fikirkannya ia akan jadi biasa pada kita. Dan aku dah cuba cabar diri tak balik kampung selama sebulan, setakat ni ok saja. Kalau lebih dari sebulan tu tak boleh la nak buat kesian kat laki #ehhh =P





Bila duduk jauh ni paling penting sekali KEPERCAYAAN. Kalo tak ada kepercayaan akan timbulkan masalah di kemudian hari. Bila duduk jauh kita tak tau apa pasangan kita buat, betul ke dia kesana ke sini ke kuar dengan laki atau perempuan lain??? Mesti ada punya perasaan macamtu.

Macam aku, aku tak ada la fikir macam tu sebab dah tau dah perangai dia jenis macam mana. Kalau yang dok menggatal ka nak ngorat dia ka lagi la dia menjauh. Macam aku dia yang ngorat aku, hehe... bukan senang nak dapat aku so bila dah dapat ni kena la jaga elok-elok. Kadang-kadang saja uji dia, dia just cakap ingat senang ka nak kahwin? Kawen haritu pon dah habis banyak tak kan nak p kawen lagi? Ha tau pon. =P

So ampa dah dapat jawapan dia kan? Bagi lelaki, bukan mudah nak bagi komitmen dan mengambil keputusan mendirikan rumah tangga, tapi bila dia dah amik keputusan nak kawen, nak jaga anak dara orang secara tak langsung ada pengorbanan yang kita tak nampak tapi sebenarnya depa dah fikir masak-masak. Jadi jangan selalu asyik nak tuduh dan prasangka buruk dekat suami sebab lama-lama suami pon rimas.

Tapi kalau suami sebelum kawen pon memang boya, dan lepas kawen pon nak buat perangai boya lagi memang patut ampa rasa was-was. Dalam perkahwinan ni umpama pelayaran, kita yang jadi nakhodanya. Kita yang mencorakkan alam perkahwinan kita, suami ka isteri ka dua-dua kena main kan peranan. Sebab kita dah terbiasa hidup bujang bila dah kawen ni terbawa-bawa hidup zaman bujang. Macam tu la aku. Aku sentiasa ingatkan diri yang aku ni isteri orang,. Baik buruk aku, suami aku yang akan dapat tempiasnya. 

Amacam? Boleh jadi tetamu jemputan tajuk Perkahwinan Jarak Jauh tak? Ngeh3... 







Tuesday, August 26, 2014

KELEBIHAN SERUM / AMPOULE CHRISZEN


Assalamualaikum..

Uolsss siapa ada masalah liang pori-pori besar?? Kalau ada bermakna sama dengan aku. Selalu aku dok belek muka apsal pori-pori makin ketara ni. Salah satu punca adalah bila muka berminyak, cuci mekap tak bersih, terdedah pada matahari dan banyak lagi sebab.

Dan aku baru tahu sebaiknya sebelum kita nak pakai bedak atau pun mekap, pakai la serum di muka. Mesti ampa tak tau kan? Padahal dekat korea, kalau ampa tengok muka depa yang gebuss tu salah satu sebabnya bila pakai serum dapat juga melembabkan kulit.

Aku pon mula la survey serum, kebanyakannya memang mahal. Ampa tak percaya sila la survey. Lepas tu tertengok Wanita Hari Ini kat TV3. So aku pon try beli serum jenama Chriszen ataupun dikenali sebagai Ampoule.




Sebelum tu kita kena tahu apa itu Ampoule??



Aku ni bab penjagaan muka memang aku amik berat tambah dah bersuami, badan besar tak apa janji muka comel hahaha.... So aku beli Ampoule dengan harapan kulit muka aku akan jadi lebih flawless gitewww... Selalu aku pakai selepas cuci muka iaitu sebelum pakai mekap dan juga sebelum tidur.

Rasa sangat best sebab dia bukan jenis melekit. memang kalau kita sapu ja terus dia meresap dalam kulit. Dia berbeza dengan pelembab sebab Ampoule akan meresap dalam kulit dan pelembab selalunya just permukaan kulit jer...


Ni beberapa Step aku kongsikan sekali. 



Lepas tu 

Tara....



Eh Lisa Surihanis la dengan Lisa Surihani hihihi..

Yang pasal ni nanti aku cerita kat next Entry.

Kalau rasa nak beli Chriszen Ampoule boleh email aku 
anyss273@gmail.com


Harga RM 29.00
13ml




Monday, August 25, 2014

KISAH MENANTU DAN MENTUA


Assalamualaikum

Ni kisah menantu dan mentua. Aku adalah menantu sulung sebab laki aku pon anak sulung dan dalam family dia kira aku la menantu, cucu menantu perempuan pertama (ada ke cucu menantu??) sebab semua sepupu dia juga lelaki.

Bila orang perempuan pertama masuk dalam family ni harus la kita kena tunjuk skill di dapur walaupun kat rumah sendiri tak berapa nak rajin masuk dapur kah3... 

Style Mother in Law (MIL) aku jenis bila aku masak dia biarkan jer aku masak, dia tak kacau kalau dia masak, aku pon buat macam tu. Kadang-kadang ada orang ni tak suka kita dok kacau dia masakkan? Tapi yang syoknya dia akan tanya aku hari ni nak masak apa? Yang tak syoknya kalau dia rasa nak masak sesuatu tapi aku tak makan makanan tu dia tak kan masak jadi aku plak rasa segan. 

Ada sekali tu dia buntu nak masak apa, dia tanya aku, so aku cakap aku nak masak paprik. Masa tu aku tengah buat biskut raya. Jadi dia plak tolong aku sediakan bahan nak masak contohnya potong ayam siap-siap, carrot dan sayur yang nak digunakan. Itu la mak mertua aku. Tak pernah berkira pon nak buat apa-apa. Tapi yang dia tak tau masa tu aku first time nak masak paprik hahahaha... 

Kebetulan dalam nset aku memang aku simpan sesiap resepi yang aku rasa aku teringin nak cuba. Jadi masa nak masak tu cover la konon-konon dok tengok nset padahal aku dok tengok resepi hahaha... 



Masa buka puasa aku tengok pak mentua aku makan bertambah, asyik dok ceduk paprik ja.. Nasib baik la menjadi dan sedap hehehe... Tanya husband pon dia kata sedap. Tapi laki aku ni tak kisah makan ja apa pon janji ada petai untuk ulam. Makan petai saja, aku petai pon tak makan. -__-"

Aku boleh dikatakan bertuah ada MIL yang sangat baik dan amik berat. Masa aku sakit dia plak risau sampai tak boleh tidur fikir pasal aku. Alhamdulillah.... Anak dia pon baik macam mana aku tak jatuh cinta #ehhh =P

Orang tanya aku macam mana nak amik hati mentua, aku cuba kongsikan walaupun aku pon baru lagi maybe tak layak plak nak bagi nasihat. Cuma aku boleh katakan kena rajin bantu mentua kat dapur, jangan jadi malas bangun tidur lewat pastu datang makan ja, jangan sampai baju kita pon mak mentua yang basuh dan sidai..

Aku mungkin kurang bab mengemas rumah tapi lebihnya aku dekat dapur. So guna kelebihan yang ada tu untuk ambil hati mentua. Aku kadang-kadang suka buat dessert yang depa tak pernah makan contoh triffle, kek karamel, biskut lidah kucing dan macam-macam lagi aku try. Padahal dulu family aku pon tau aku nak sangat ka buat benda alah ni?? Tapi sejak dah kawen ni alhamdulillah la banyak side diri aku yang banyak dah berubah. 

Kalau ada duit lebih beli kan MIL kain pasang atau tudung. Selalu la call MIL kalau duduk jauh tu. Tak tau cakap pon just tanya mak sihat ker? Masak apa hari ni? Tu pon dah cukup. Apa-apa pon selamat mencuba. Semoga hubungan kita dengan keluarga mentua baik-baik sahaja. Insyaallah..





Friday, August 22, 2014

KEK KARAMEL CHOCOLATE (BAKAR)


Assalamualaikum...


2 hari lepas my housemate merangkap roomate aku miss wawa minta aku buat kek. So terfikir nak buat kek karamel macam renyah... Pastu cik wawa kita nak kek chocolate. Tetiba terasa nak gabungkan kek Karamel + Chocolate. Resepi memang sentiasa ada dalam nset aku ni. Cakap jer nak apa semua ada.. Ewahhh =P

Tapi yang musykilnya resepi kek yang ada pada aku adalah jenis kukus tapi aku tak ada periuk kukus, tanya orang tu tanya orang ni, kak shida anwar bagi aku resepi yang jenis bakar tapi last sekali aku fikir tak pa la aku try jer la ikut resepi kukus ni tapi aku tukar bakar bezanya cara masak ja la. Seriau juga kalau tak jadi. 

Semalam lepas Magrib ja mula la misi memasak kek dengan Wawa. Lepas keletung kelentang kat dapur pukul 12 lebih baru siap. Memang lama rupanya nak masak kek ni -__-" 



Dah siap....

Tada.....










RESEPI KEK KARAMEL CHOCOLATE

Bahan Karamel

  • 2 @ 4 sudu besar gula pasir. - Gula dicairkan dalam loyang dan diratakan permukaannya (Gula hangus)
  • 1 cawan susu pekat **
  • 1 cawan susu cair **
  • 3 biji telur **
  • 1 sudu teh esen vanila **
**Dipukul lembut.. (Aku Blender jer) 


BAHAN KEK

Bahan A

  • 1 cawan gula
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 cawan susu pekat
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan minyak
- Semua Bahan ini dimasak sebentar atas api.

Bahan B
  • 1 1/4 Cawan tepung gandum (Boleh kurangkan menjadi satu cawan)
  • 1 st soda bikarbonat
  • 1 sudu teh baking powder
- Semua bahan diayak sekali


Bahan C
  • 3 Biji telur di blend


CARA-CARA 
  1. Kukus/bakar bahan puding karamel tadi sampai masak. Aku bakar so guna kaedah steam Bake. (amik loyang yang besar sikit, masukkan air panas dan letakkan loyang yg dah dimasak gula hangus tadi dalam loyang yang berisi air panas). Masa bergantung pada oven masing2. Tapi rasanya dlm 45 minit juga kalau tak silap. Suhu aku buat 180'c. 
  2.  Masukkan bahan B dan C ke dalam A. Kacau sampai sebati.
  3. Bila puding karamel dah masak masukkan kesemua bahan tadi kedalam nya dan kukus/bakar kira-kira sejam. Aku bakar, hampir sejam lebih baru masak dengan suhu 160 'c guna api atas bawah. Tapi aku set masa 30 minit-30 minit - 15 minit sambil awasi kek takut hangus dan semua ni bergantung pada oven masing-masing. 
  4. Dah masak, biarkan sejuk seketika. Bila dah sejuk telangkupkan ke dalam bekas lain yang rata dan cepat-cepat lapkan lebihan air gula karamel tu kalau ada. 

Oven aku cepat panas sebab tu suhu tak berani tinggi sangat. Kena tunggu lama pon tak apa janji kek tak hangus. Tengok resepi macam senang tapi sebenarnya memang renyah juga nak buat. Sebab tu kalau jual harga memang agak mahal padan la dengan kos tenaga dan masa yang diperlukan untuk buat kek karamel ni.

Selamat mencuba.. Kalau malas, sila order dekat aku. COD Setapak, Wangsa Maju, Gombak, Alor Star & Perlis. 







Wednesday, August 20, 2014

SEMBANG SANTAI LAKI BINI




Isteri   : Abang, rambut dah panjang la... Nak potong boleh dak?
Suami : Potong la... rambut pon asyik gugur ja...
Isteri  : (Tergelak) penuh bilik kan dengan rambut sayang hahaha... Ingat nak potong rambut cukur sebelah tu boleh dak??? (saja nak menguji suami) 
Suami : Ermm potong la... tak ada selera abang tengok nanti
Isteri   : hahahaha......


Ala-ala Rihanna kononnya la.. 



Tapi AWAS!! 

Jangan buat kalau boleh mematikan selera suami pada isteri kah3....



Friday, August 15, 2014

THE BODY SHOP GIVEAWAYS


Assalamualaikum 

Siapa customer tetap The Body Shop??? Angkat kening.... =P Kali ni ada offer best untuk ampa. TBS sedang memberikan Free Vitamin E Moisture Cream yang berharga RM 14.90 kepada semua customer. Cara dia mudah saja. Pergi ke Facebook The Body Shop  kemudian Like dan klik dekat Get Offer macam kat bawah ni. 



Lepas tu pergi ke stores TBS dan tunjukkan email ataupun boleh jer print sesiap email tu then tunjuk kat depa. So dapat la free Vitamin E ni =) Ada juga kes yang tetiba promoter suruh beli barang baru dapat Vitamin, so ampa cakap sesiap benda ni memang dapat free tak pon ampa ugut nak lapor kat HQ dia huhuhu 

Tapi kalo tetiba dia pujuk-pujuk ampa dan ampa TERbeli jangan salahkan Promoter yer =P

Tetiba jadi macam aku TERbeli perfume walaupun baru lepas beli perfume dah kat TBS. Cuma perfume ni perfume baru. Sangat wangiiiiiii... Saya suka saya suka (versi Meimei upin ipin).

Aku jadi membership TBS ni so haritu shopping lebih dari RM 200 dapat la voucher RM30 so ingat nak beli lipstik TBS la...Lipstik dia memang best. Tak melekit langsung. Warna pon cantik. Tetiba nampak perfume baru ni, bau pon wangi. Diperbuat dari teratai biru. Lepas dipujuk-pujuk, amik juga la... Lotion dia pon wangi maybe next month punya gaji plak la... 




Lepas tu gitau suami nak hadiah lotion TBS, dia kata ok, tunggu gaji nanti dia beli kan. Yahuuuuu!!! So kalo rasa nak try silakan =P

Aku selalu pergi TBS Aeon Wangsa Maju. Promoter dia sangat bagussss... Tak ingat plak nama akak tu... Tapi cara layanan dia memang tip top la.  

Eh uolsss... Masa kenduri kawen aku dulu, aku terlupa nak bagi Penanda buku berkalendar ni dekat kawan-kawan dan sedara. So aku nak bagi kat ampa. Jadi kalau rasa nak boleh emailkan alamat ampa dekat anyss273@gmail.com. Benda ni terhad jadi siapa cepat dia dapat. ;)  






Thursday, August 14, 2014

SAH BATU KARANG!!


Assalamualaikum.. 

Ingat lagi tak entry pasal doc suspek aku kena batu karang?? Nak baca KLIK SINI. Setelah macam-macam hal dan sakit aku kena tanggung. So akhirnya doktor sah kan aku kena batu karang. 

Macam mana boleh kena??

Sejujurnya aku tak tau macam mana aku boleh kena batu karang. Macam-macam teori aku dapat sebab tahan kencing la, sebab terlebih kalsium la.. Bila tanya doktor, doktor pon tak boleh nak bagi jawapan yang pasti.

Sebelum ni aku tak tau apa sakit aku. Tapi hari-hari memang loya, aku asyik muntah ja... Badan plak asyik rasa tak sihat. Lepas tu kencing kerap. Memang aku ingat aku mengandung. Tapi tetiba aku period. Tak mungkin la aku mengandungkan. 

Lepas tu pinggang aku asyik sakit. Belakang badan sakit dimana tempat buah pinggang kita. Sampai ada satu malam tu, nak dijadikan kebetulan budak rumah aku semua tak ada sebab hari minggu kan. Aku plak tak balik kampung minggu tu sebab ada program. Jiran plak tak ada. Malam tu memang aku dah tak tahan sakit dah. Memang nangis-nangis sorang-sorang. Call suami, suami dah panik, risau sebab aku tinggal sorang sampai suruh aku call Ambulans. Tapi aku degil. Malas la nak call ambulans segan ja.

Lepas tu terfikir Abang Aim. Dia yg paling dekat dengan tempat tinggal aku. Minta izin suami. Dia pon benarkan. Memang aku dah tak tahan sakit terpaksa juga minta abg aim bawa aku ke hospital. Pukul 10 pergi. Sampai sana macam-macam prosedur kena buat. Bila doc tanya antara skala 10, no berapa sakit. Sakit aku no 8. Lepas tu Amik darah, pastu kena jalan buat x-ray plak. Tunggu result darah. Kerusi roda tak ada jalan la aku ke sana ke sini dengan tempat yang jauh. Memang rasa serik sangat mai HKL ni walaupun ke Emergency. Habis kul 3 pagi. Lama nak mampos.. Aku siap termuntah dalam toilet hospital lagi. 

Check Doc cakap kencing kotor. Lepas tu ada la lagi siri aku ke klinik kesihatan doc dah cakap suspek batu karang siap bagi surat rujukan ke hospitak untuk X-Ray. Tapi pergi hospital doc bagi ubat lagi xray tak buat. Rasa macam sampai berapa banyak ubat aku nak telan asyik-asyik bagi ubat yang sama. Dah dapat surat xray pon tak mo buat xray lagi. Haihhh... Lepas tu appointment. Bila demam sampai gigil-gigil sampai tak lalu nak makan apa. Badan panas tapi menggigil baru la nak wat xray check suma.

Then kena tunggu next appointment untuk dapat result Xray plak. Then tunggu pulak lagi sebulan baru dapat result xray. Sah ada batu. Lepas tu appointment lagi untuk wat ct-scan plak. Balik kampung aku sakit lagi. Nasib ada suami. Agaknya dia dah tak tahan tengok aku dok tahan sakit bawa ke Hospital Sultanah Bahiyah Alor Star plak. Sana dia punya pemeriksaan aku salute. Dalam masa sehari siap semua. XRAY, amik darah, tak payah tunggu next appointment untuk tahu result xray. Nampak dalam xray, batu karang tu dah turun bawah banding dengan xray kat HKL yang ada sekitar belakang dan area pinggang. 

Lepas tu aku cuba minum jus nenas batu. Kebetulan walid aku tanam ada sebiji ja buah. Memang rezeki aku. Balik KL aku saja singgah farmasi beli ubat kat situ. Lepas makan ja ubat farmasi tu aku agak sempat la dalam 4-6 biji kalau tak silap esok tu aku mula rasa sakit kat bawah. Kencing kerap. Rasa macam ada benda nak keluar tapi tak boleh keluar.

Aku minum banyak ayaq masak dan berulang p toilet. Sampai satu tahap tu memang betul-betul sakit dan rasa ada benda nak keluar pergi toilet... masa kencing tu batu tu keluar. Gila seksa nak kuar pon. Bila dah keluar tengok besar ni jer??





Sakit macam apa lagi tapi batu tu kecik ja??? Apa-apa pon alhamdulillah sebab batu dah berjaya keluar. Cuma bila ingat balik cukup la sekali aku rasa macam mana seksanya sakit batu karang ni. Macam mana pon aku bersyukur sebab kecik jer dan keluar sendiri dari kena opperate.. Ngeri!





Thursday, August 7, 2014

RESEPI BISKUT FAMOUS AMOS




Assalamualaikum...

Selalu kalau lalu ja depan kiosk Famous Amos dekat Aeon Wangsa Maju tu ja mesti hidung ni rasa tertarik dengan baunya dan teringin nak membelinya. Tapi aku tak pernah beli pon gara-gara harganya yang mahal dan tak berpatutan dengan jumlah biskut yang kita dapat.

Dalam puasa haritu aku dapat resepi buat biskut famous Amos ni dalam group Resepi Ringkas. Mana ada resepi yang mudah dan best aku print screen jer jadi tak tahu siapa yang kongsikan. Apa-apa pon kali ni aku share plak resepi dengan ampa yang teringin nak buat. 

Biskut ni ramai yang puji sedap dan rasa macam chipsmore. Ingatkan bebudak ja suka, mak mentua aku pon cakap sedap. 

Nak try resepi ni? 



Nampak sedap tak?? 



BAHAN-BAHAN

250 g Butter
225 g gula pasir (gula biasa tu)
175 g gula perang 
2 biji telur
250 g cip cokelat (aku tak timbang pon sebab rasa nak banyak letak ja tanpa sukat)
200 g kacang walnut 
120 g tepung jagung 
500 g tepung gandum
7.5 g serbuk penaik (aku timbang guna penimbang eletronik) 

Cara-cara

  1. Pukul Butter bersama gula pasir dan juga gula perang sehingga sebati
  2. Masukkan telur perlahan-lahan dan coklat cip serta walnut. 
  3. Masukkan tepung jagung, tepung gandum dan serbuk penaik dan gaulkan hingga rata.
  4. Guna sudu makan dan letakkan atas dulang pembakar. Aku guna tangan ja. Agak-agak nak besar mana tempek ja kat dulang hehehe... 
  5. Hias dengan coklat cips. Kalau tak nak pon tak apa tapi nampak kosong jer la. 
  6. Kemudian bakar 20 minit dengan suhu 150 'c bergantung juga pada oven masing-masing. Macam aku bakar lebih masa sikit sebab rasa cam lembik lagi bila tekan dengan garfu. so aku lebihkan masa sikit dengan pemantauan. Kalo terlebih masak biskut akan jadi keras. 

TIPS: Goreng tepung gandum dan ayak tepung untuk mendapatkan biskut yang lebih enak dan ringan teksturnya. 


Itu saja. Cuba la. Tak rugi try tau... Mesti anak ampa suka. =)



Wednesday, August 6, 2014

RAYA SEBAGAI ISTERI DI TAHUN 2014


Assalamualaikum...

Perghhh 3 minggu tak update blog... Nama ja blogger tapi malas update.. Ampun yer....

Kali ni aku nak share la sikit suasana raya pertama kali jadi isteri orang ni... Tahun ni plak giliran kampung suami so kita follow jer la. Agak mendukacitakan la sebab suami just dapat cuti 2 hari jer sedangkan aku pulun cuti start 27hb - 3.08.14.. So petang raya dah gerak balik Kedah.


Raya pertama

Suami pergi solat sunat hari raya.. Aku siap apa yang patut sebab lepas solat sunat semua family mentua akan ke rumah tok dan tok wan. Bila depa balik ja dari solat sunat, mula la sesi bermaafan. Tapi aku dengan suami salam dalam bilik ja... Sambil pegang tangan salam sambil tersengih-sengih sebab dedua malu-malu kucing nak salam hahaha...

Lepas tu mula la sesi bermaafan, rasa susah gak nak luahkan sebab dah sebak... Ayaq mata bergenang ja.. Suami dok tersengih-sengih lepas tu dedua sengih keh3... Sampai sana MIL buat SOTO, memang ramai sanak saudara depa yang datang menziarah... Almaklum la ada lagi orang-orang tua. 

Nak dijadikan cerita, sepatutnya aku pakai baju nikah haritu untuk baju raya tapi tertinggal plak kat aloq staq. Nasib la ada spare gak baju lain. Jadi warna memang tak sama la kami dedua. Gambar raya pon tak ada sebab kelam kabut nak p umah tok dan wan. Yang ada pic selfie macam kat bawah ni tu pon dah petang baru nak amik. 



Petang raya balik ke Yan. Sampai sana dah kul 9 malam dah. Rileks sat p beraya umah sedara. Hentam nasi tomato dengan ayam masak merah. Sampai bertambah kami laki bini. Lapaq sangat agaknya kot hahaha... Lepas tu balik tidoq sebab letih drive. Drive berganti-ganti gitewww...


Raya Kedua

Raya kedua pergi beraya rumah adik beradik aku... Memang agak kelam kabut gak la sebab nak balik Perlis plak lepas tu. Suami dah keja esoknya. Sempat juga ziarah Mak Njang yang sakit. Masa entry ni ditulis Mak Njang dah meninggal dunia. Sakit Leukimia tahap akhir. Bila dapat tau dah terlambat. Dia meninggal lepas 4 hari masuk hospital. Alfatihah untuk Ku Rodhiah... =,(

Memang raya tahun ni rasa macam tak berapa nak meriah dan seronok sebab macam terkejar ke sana ke sini... Nak pergi rumah kawan-kawan pon tak sempat. Bila dah ada suami ni lagi la. Dapat plak suami yang jenis tak berapa rajin berjalan pastu terpaksa kerja plak raya ketiga memang nganga saja la kat rumah. 



Sebelum balik Perlis bergambar dulu. Pic baju raya memang tak ada. Yang ni ja yang ada. Raya ketiga p rumah tok dan wan sebab depa nak buat makan-makan. 4 ekor ayam depa sembelih wat gulai. Aku buat triffle jer untuk makan-makan. Tu pon jenuh cari fruit cocktail tapi semua ada tanda halal yang meragukan. Beli jer sumi jelly ni buat hiasan.  Ini la hasilnya...


belemoih plak acuan dengan kastard huhu... 

Memang cepat jer habis. Aku kurangkan gula sebab depa kat sini tak suka manis-manis sangat. Choclate Nips sebagai hiasan tu pon dah ok da sebab ada rasa cokelat gak. Sehari aku minum ais sambung ke malam sebab sebelah rumah ada BBQ...

Esok tu demam. Terlantar atas katil. Tak lalu makan nasi sebab tekak pon dah sakit, Jenuh kena paksa makan tu pon roti ja aku boleh telan. Berkurung dalam bilik sampai ke malam. Memang betul-betul tak larat. Alhamdulillah esok tu aku dah ok sket. Tolong mak masak, jamu laki balik kerja tengahari tu makan. Esok tu balik AS.

Ahad petang balik KL, tumpang adik aku. Esok kerja.. Itu jer aktiviti raya aku yang sederhana. =)




Jemput follow aku di Instagram @hanismaneh 

#Prayforgaza




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi