Thursday, January 15, 2015

PENGALAMAN BERHENTI KERJA



Baru masuk 2 bulan secara rasminya jadi Penganggur Terhormat. Apa cerita sebenarnya?? Boleh baca dekat SINI. So kontrak kerja dah tamat. Untuk tahun baru ni mungkin belum ada panggilan nak ganti mana-mana cikgu lagi.

Tapi aku nak kongsi sikit macam mana mula-mula aku duduk Perlis ni. Ye la kan dah biasa duduk KL ni lain sikit situasi kat sana. Perlis ni tak semeriah KL. Bagi diri aku yang dah biasa sibuk ke sana ke sini, window shopping bagai mesti la terasa juga kelainannya.

Masa memula duduk dengan suami tak nafikan rasa kekok tu ada. Di pihak suami pon sama. Dia dah biasa duduk bujang, malam-malam keluar lepak dengan kawan-kawan, bila aku balik sini benda tu dah jadi kebiasaan pada dia. Agak jadi masalah juga pada kami sebab aku selalu ditinggalkan dan dia masih meneruskan aktiviti tu.

Tapi bila dah timbul masalah aku slow talk dengan dia apa perasaan aku, apa patut dia buat bila ada isteri duduk sekali, Alhamdulillah tak ada masalah.Dia pon ubah dan kurangkan aktiviti lepak dengan kawan-kawan. Aku pon paham dia pon kena amik masa juga nak sesuaikan diri sama juga dengan aku. Sebab tu pentingnya suami isteri berbincang bila ada masalah. 

Sebelum ni aku dengar jer cerita kawan aku yang dah 7 tahun PJJ tetiba duduk dengan suami, depa asyik bergaduh ja... Yala baru nak sesuaikan diri tak sangka benda ni jadi kat aku plak. Walau apa pon banyakkan berbincang. 

Perlis tak macam KL. Tak ada tempat nak jelajah sangat, i mean untuk window shopping. Nak ke Kangar pon amik masa juga. Pastu parking susah. Jadi banyak masa habiskan di rumah dan badan aku pon semakin naik sebab makan tidur ja hahaha... 

Nasib la suami aku paham,...Kalau tetiba bini dia ajak kuar nak amik angin dia layankan saja tengah-tengah malam pon. Tak mudah sebenarnya jadi surirumah ni. Masak, kemas rumah, basuh baju fuhhh ingat senang ker? Aku pon kadang-kadang rasa lelah dan penat sangat...Respect sangat pada mereka yang sanggup berhenti kerja untuk jadi suri rumah ataupon memang surirumah tangga sepenuh masa ni.

Jadi sang suami, hargailah isteri anda ;)


Senyum Mau Maneh 

=)


p/s: Jemput ke Fanpage UMMU KHALIFAH SHOP untuk membantu menambahkan pendapatan surirumah ini hehe...

16 comments:

  1. salams, lamanya kak mieja tak baca kisah awak :)

    ReplyDelete
  2. tak pernah terpikir pulak psangan yg pjj bila tinggal sekali akan ada masalah...huhu...betul jgk kan, masing2 dh biasa dgn life sdri

    ReplyDelete
  3. pulang lah gk..pulanglah.. kl merinduimu.. haha

    ReplyDelete
  4. betoi gk. kami akui sendiri. adakala ktorg berdua kekok. sebab life masing2 xsama. ada masa memang nak gaduh. salah paham la ape la. tapi kena pandai handle kalau tidak jenuh nanti asyik nak gaduh sesaje

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah... macam eksperimen juga la...bila kita try baru kita tau resultnya

      Delete
  5. hi salam kenal :)
    blogwalking sampai ke sini.

    sy pun baru quit dari keje gov ke keje klinik sendiri. dalam proses pindah jugak from melaka to kluang. memang jauh sangat beza. and skrg pun jumpe hubby on weekend basis or time cuti je. hehhe. ada pros and cons la kalau nak banding dengan life yang dulu. hubby skrg pun dalam proses nak transfer ke kluang. hopefully semua dipermudahkan :)

    all the best to u too :)

    ReplyDelete
  6. saya pun baru kahwin...bukan senang jadi surirumah..penat oo.ingatkan boleh relax goyang kaki kat rumah je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi sementara nak biasa... Tapi byk pahala boleh kita dpt bila jd surirumah

      Delete
  7. nasib baik hubby yg jenis boleh bawak berbincang kan..alhamdulillah, hihi insyaallah bila dah bertiga nanti, xde la sunyi sangat rumah tu =D

    ReplyDelete
  8. Assalam gk,
    alhamdulillah
    suami isteri memang seeloknya duduk bawah satu bumbung :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wkslm... itulah yg sebaiknya,,,, tmpt isteri di sisi suami

      Delete

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi