Wednesday, October 28, 2015

5 FAKTA MENGENAI "PERIOD PAIN"


Kebiasaannya mereka yang tidak pernah mengalami "Period pain" ataupon senggugut akan mengatakan yang mereka yang mengalaminya adalah seorang yang sangat mengada-ngada. Padahal mereka tak tahu yang "Period Pain" yang dialami seseorang boleh menyebabkan mereka pengsan ataupun sukar untuk melakukan sesuatu pekerjaan melainkan hanya berbaring ataupun tidur. Berikut antara fakta mengenai "Period Pain" yang perlu anda tahu


APA ITU "PERIOD PAIN?"

Period pain adalah kesakitan yang dialami oleh wanita ketika hari pertama atau hari kedua haid. Tapi tak semua wanita mengalaminya. Ada yang sakit biasa-biasa saja dan ada yang teruk. Setiap bulan mereka akan mengadap sakit senggugut ni. Terdapat beberapa tahap kesakitan antaranya primer dan sekunder. Jika sakit yang keterlaluan anda perlulah berjumpa doktor.






SIAPA YANG MENGALAMI PERIOD PAIN?

Sesiapa saja boleh mengalami period pain apabila bermulanya haid tetapi mereka itu pastinya wanita dan bukan lelaki, atau pon transgender. Woha! Ada juga yang bermula selepas kahwin dan ada juga setelah berkahwin, mereka tidak mengalami senggugut lagi. Namun ramai juga masih mengalami senggugut walapun sudah berkahwin macam aku #ehhh 


TANDA-TANDA "PERIOD PAIN"

Opkos akan sakit di bahagian perut atau pangkal ari-ari. Rasa seperti berdenyut-denyut ataupun usus anda bagaikan ditarik-tarik atau dikeronyok-keronyok. Sakit belakang dan kaki akan berasa kejang ataupun lenguh-lenguh sendi. Ada juga yang mengalami loya-loya ataupun terus muntah. Dan paling teruk Pitam. Ok ini fakta bukan auta. Tak percaya tanya mereka yang mengalaminya. Eh! Aku tengah habaq la ni. Jadi, jangan memperlekehkan ataupun mengatakan "senggugut ja pon". Hang mai loqstaq kepala hang aku putaq.






BOLEHKAH SENGGUGUT DIUBATI?

Jawapannya mungkin boleh dan mungkin tidak. Kita hanya boleh mencegahnya sama ada sakit atau terlalu sakit. Antara rawatan yang dicadangkan adalah


  • Ambil pil penahan sakit. Tetapi tidak digalakkan. kalau perlu tahan secara semula jadi. Kalau tak tahan juga, doktor yang aku jumpa sarankan tukar-tukar pil penahan sakit. So, tak adalah kita macam jadi kebal pada ubat... errr maksud aku kalau kita sakit, kita makan ubat pon tak jadi apa juga.
  • Tuam perut dengan air suam ataupon mandi dengan air suam. Jangan jadi macam aku, aku bantai seterika terus atas perut. Tapi berlapik la. Agak-agak la nak terus seterika. Kulit aku tak kedut lagi nak kena seterika. Woha!
  • Kurangkan garam dan betulkan diet pemakanan kita. Hmmmm..... Next~~
  • Banyakkan minum jus buah-buahan. Elakkan minum teh, kopi dan air berkarbonat ketika haid walapun ada yang cakap minum ayaq coca-cola lagi banyak darah keluaq darah. Errrr.... Cheq xtau la plak.
  • Tenangkan fikiran dan jangan stress. 


KENAPA KITA KENA TAHU PASAL "PERIOD PAIN"

Hal ini kerana tak ada lagi mulut-mulut capoi ataupun bos yang tak paham bahasa ataupun lelaki-lelaki di luar sana yang tak paham kenapa wanita yang mengalami "period pain" ni patut diberi peluang untuk berehat dan jangan biarkan mereka stress. Berdasarkan pengalaman aku sendiri dulu, setiap bulan mesti ponteng sekolah kalau period pain.

Masa di universiti sampai kena tahan wad sebab senggugut. Cucuk bontot dengan ubat penahan sakit lega teruihh... Tapi budak depan katil aku lagi dasyat, sampai pengsan disebabkan senggugut. Jadi, kami ni sebagai wanita kadang-kadang amik MC pon segan nak bagitau sebab apa MC. Satgi bagitau senggugut depa cakap "eleh senggugut ja pon sampai nak MC bagai" Tak kena kat depa senang cakap la.

Ok itu saja perkongsian pasal Period Pain ataupun senggugut ini. Ada yang nak tambah lagi??


10 comments:

  1. sama mcm sy sis.. period pain yg teruk..tp xla teruk sgt2 sampai pengsan tu.. so far, bila senggugut je xde la sampai ambil pil tahan sakit.. sebab kalau boleh sy xnak amalkan ambil ubat.. so, ikthiar guna kaedah lain..kadang-kadang ambil ais letak kat perut.. kadang2 sampai tidur tertonggneg-tonggeng...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe... kalau saya, lumur minyak panas sampai pedih kulit-kulit

      Delete
  2. xpernah kn senggugut smpai berguling2..mild je la..tapi tetap la xboleh bgun... tpi mmg rmai kawan yg tiap kali period mmg smpai pengsan2 tak tahan sakit...lelaki xfhm sbb xkena...kdg2 perempuan pun ade yg xfhm sbb diorang xpernah kena yg betul2 sakit tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu la, kalo xphm kita kena jelaskan...tp ada yg xphm tp xnk amik tahu lngsung...

      Delete
  3. fuiyooo!! welcome homee. welcome homeee!


    jadi 'surirumah' mesti blog bersawang ni kembali aumm dan pergh lepas ni. almaklumlah, banyak idea nak bebel kan? hihi!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha baca komen ni terus nak merajinkan diri menulis blog hohoho

      Delete
  4. Anak perempuan akak pun ada senggugut biasanya akak urut2 betis dia selain bagi oanadol menstrual.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu sy slalu mkn panadol pink tu la...lama2 dh kebal...mkn pn dok sakit cmtu gak

      Delete
  5. kdg2 je k.el dpt sakit peod ni
    mmg sakit perut tu memulas2
    tp alhamdulilah boleh tahan lagi

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi