Saturday, October 10, 2015

REDHA

Assalamualaikum... Halu bloggers... Still remember me? Aisehhh.... Muncul lagi ingatkan dah bersara jadi blogger kan? Hihihi.....

Menulis ni pon sebab dah tak tau nak buat apa dah. Suami main futsal. Tinggal la si bini tercongok kat umah.... Hmmmm.... Bila dah dok sorang-sorang macam ni baru nak ada feeling menulis balik. Kalau tak memang tak muncul la kat blog ni hewhew.....

Aku banyak aktif kat ig dan fb ja. Tu pon fb jarang-jarang buka sangat. Ig aku @hanismaneh jemput la follow nowh... Hihihi....

Apa yang ampa akan baca ni, anggap saja la aku tengah membebel... Sebab aku pon dah mati kutu nak buat apa walaupun aku tak ada kutu..... Hehe....

Tahun 2015 tak lama lagi dah nak melabuhkan tirai pon. Sat ja nowh... Nak masuk 2016 dah. Pastu 31.01.16 genap la 2 tahun aku bergelar isteri orang. Tapi sebab kami PJJ 9 bulan, kira la ni bulan sepuluh baru setahun sebulan la kami dok sekali sebagai laki bini. Aci dak kira macam tu??? Hehe....

Anak? Mesti ampa nak tau anak aku berapa orang kan? Setakat ni Allah belum kurniakan kami rezeki anak... Mula la aku nak bergenang ayaq mata ni hewhew.... Aku banyak muhasabah diri aku balik dan akhirnya aku nampak satu perkara yang aku kena buat. REDHA....

Redha dengan apa yang ALLAH dah kurniakan pada kami. Jangan kita soal kenapa Allah tak bagi lagi rezeki pada kita. Kita ni siapa nak soal Allah macam tu? Jadi redha la dengan ketentuan-Nya ada hikmah di sebalik yang telah Allah tentukan. Alhamdulillah rezeki lain ada. Walaupun bukan rezeki anak, ada rezeki lain untuk kami suami isteri. =)

Mulut orang tu tak payah kata la... Kalau ingat balik sakit hati. Tapi biaq p la... Aku maafkan depa. Kata p la nak kata apa pon kat aku sebab aku ni bukan Tuhan sampai boleh tau bila aku nak ada anak. Ampa doakan saja la.... Mana tau doa ampa tu makbul.

Lega sikit rasa hati ni. Lapang bila dapat membebel.... Tak komen pon tak apa. Baca pon kira ok dah hehehe.... Insya Allah jumpa lagi nanti. Wassalam...


1 comment:

  1. setiap rezeki tu dah ditetapkan untuk masing2 kan. cepat dengan lambat. kalau lambat tu ada la yang terbaik tengah Allah sediakan. janji jangan putus asa, jangan putus doa. kami sentiasa doakan ampa insyaAllah :)

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi