Saturday, January 24, 2015

EASEL STAND UNTUK DISEWA



Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Aku nak sewakan easel stand macam dalam gambar di bawah... Just untuk area Perlis dan Kedah COD sekitar Alor Star.

RM 30 + Deposit RM 100 (akan dipulangkan setelah barang dipulangkan dengan keadaan baik)



dan juga

Easel Stand @ White board Stand

Ada white board dan juga Green Board di kedua-dua belah



Sewa dengan Harga RM 35 + Deposit RM100 dipulangkan setelah barang dipulangkan dengan keadaan baik


Cara-cara Tempahan untuk COD

~Email anyss273@gmail.com
~Nyatakan Tarikh untuk disewa
~Bayar 50% dan baki lagi 50% semasa amik barang
COD area Perlis dan Alor Star sahaja atau tempat berdekatan boleh dirunding.


Harga Promosi

3 orang pertama yang Sewa kedua-dua item aku bagi RM 60 tak termasuk deposit. 

Nak sewa??

Email 

anyss273@gmail.com



Saturday, January 17, 2015

RESEPI: SAWI PAKCHOY MASAK SOS TIRAM


Assalamualaikum dan salam sejahtera


Semalam buka peti sejuk tengok ada sawi jepun @ pakchoy. So tak ada idea nak masak apa mula la google resepi. Resepi yang menjadi pilihan hati adalah sawi jepun masak sos tiram. Abah mentua suka makan makanan berkuah jadi aku pon ejas resepi ikut barang yang ada dalam peti ais dan buat berkuah sikit,





Bahan-bahan

  • Sawi jepun 
  • 2 ulas bawang putih
  • 5 biji Bebola daging (dipotong dadu) @ isi ayam @ udang @ sotong
  • 3 sudu sos tiram
  • 2 sudu sos kicap
  • sedikit tepung jagung
  • sedikit minyak 
  • garam dan gula secukupnya

Cara-Cara

  1. Sawi dipotong hujungnnya sedikit dan basuh sehelai-sehelai macam dalam gambar dia atas.
  2. Panaskan air dan titis minyak sedikit serta masukkan sedikit garam. Celur sawi bila air dah mendidih. Jangan lama sangat takut kecut dan hilang zatnya nanti. Kemudian susun dalam pinggan.
  3. Tumis bawang dah dipotong halus sehingga bertukar warna kekuningan, Masukkan sos tiram dan tuang air rebusan celur sawi tadi. Ikut la banyak mana air sama ada nak yang berkuah ke kurang kuah. 
  4. Masukkan kicap, bebola daging, sedikit gula dan garam jika perlu. 
  5. Masak hingga mendidih dan bancuh tepung jagung dengan sedikit air. Masuk sedikit dalam masakan dan tengok kepekatan kuah yang kita nak. Kalau suka cair atau pekat.
  6. Bila dah masak just siram atas sawi tadi. Taburkan bawang goreng sebagai hiasan. 

TIPS: Enak dimakan ketika panas-panas sebab biasanya kalau masak awal sangat dan dah sejuk kuah akan menjadi terlalu pekat,



Selamat mencuba yer kawan-kawan


Visit my IG @hanismaneh





Thursday, January 15, 2015

PENGALAMAN BERHENTI KERJA



Baru masuk 2 bulan secara rasminya jadi Penganggur Terhormat. Apa cerita sebenarnya?? Boleh baca dekat SINI. So kontrak kerja dah tamat. Untuk tahun baru ni mungkin belum ada panggilan nak ganti mana-mana cikgu lagi.

Tapi aku nak kongsi sikit macam mana mula-mula aku duduk Perlis ni. Ye la kan dah biasa duduk KL ni lain sikit situasi kat sana. Perlis ni tak semeriah KL. Bagi diri aku yang dah biasa sibuk ke sana ke sini, window shopping bagai mesti la terasa juga kelainannya.

Masa memula duduk dengan suami tak nafikan rasa kekok tu ada. Di pihak suami pon sama. Dia dah biasa duduk bujang, malam-malam keluar lepak dengan kawan-kawan, bila aku balik sini benda tu dah jadi kebiasaan pada dia. Agak jadi masalah juga pada kami sebab aku selalu ditinggalkan dan dia masih meneruskan aktiviti tu.

Tapi bila dah timbul masalah aku slow talk dengan dia apa perasaan aku, apa patut dia buat bila ada isteri duduk sekali, Alhamdulillah tak ada masalah.Dia pon ubah dan kurangkan aktiviti lepak dengan kawan-kawan. Aku pon paham dia pon kena amik masa juga nak sesuaikan diri sama juga dengan aku. Sebab tu pentingnya suami isteri berbincang bila ada masalah. 

Sebelum ni aku dengar jer cerita kawan aku yang dah 7 tahun PJJ tetiba duduk dengan suami, depa asyik bergaduh ja... Yala baru nak sesuaikan diri tak sangka benda ni jadi kat aku plak. Walau apa pon banyakkan berbincang. 

Perlis tak macam KL. Tak ada tempat nak jelajah sangat, i mean untuk window shopping. Nak ke Kangar pon amik masa juga. Pastu parking susah. Jadi banyak masa habiskan di rumah dan badan aku pon semakin naik sebab makan tidur ja hahaha... 

Nasib la suami aku paham,...Kalau tetiba bini dia ajak kuar nak amik angin dia layankan saja tengah-tengah malam pon. Tak mudah sebenarnya jadi surirumah ni. Masak, kemas rumah, basuh baju fuhhh ingat senang ker? Aku pon kadang-kadang rasa lelah dan penat sangat...Respect sangat pada mereka yang sanggup berhenti kerja untuk jadi suri rumah ataupon memang surirumah tangga sepenuh masa ni.

Jadi sang suami, hargailah isteri anda ;)


Senyum Mau Maneh 

=)


p/s: Jemput ke Fanpage UMMU KHALIFAH SHOP untuk membantu menambahkan pendapatan surirumah ini hehe...

Friday, January 9, 2015

RESEPI SAMBAL KICAP AYAM



Assalamualaikum... dan salam sejahtera...

Tak terlambat lagi rasanya kalau aku nak ucapkan Selamat Tahun Baru kepada ampa... Pastinya tahun ni mesti macam-macam azam ampa dah niat cuma tunggu nak tercapai atau tak ja hahaha... Apa-apa pon jangan azam tahun-tahun lepas terus dibawa ke tahun-tahun seterusnya sebaiknya usaha untuk mencapainya insyaallah...

Oh ya.. Aku dah semakin jarang update blog tapi aku aktif di Instagram... Boleh follow aku di IG @hanismaneh @hanismaneh @hanismaneh . Ada juga aku share resepi dekat IG aku. So jemput yer....

Hari ni aku nak kongsikan resepi sambal kicap ayam, Selalu kita buat masak kicap jer kan? Tapi kali ni aku nak kongsikan resepi sambal kicap ayam. Suami aku dia punya feveret Ayam masak kicap... Jadi haruslah isteri memikat suami dengan air tangan dia kan? Hihihi... Resepi ni dari Chef Hanieliza tapi aku olah sedikit dengan cara aku. 



Bahan-bahan

500 g ayam dibuang kulit dan dipotong kecil (ikut suka la ampa nak masak berapa ketul pon)
20 tangkai cili kering *
5 ulas bawang merak **
1 labu bawang besar**
3 ulas bawang putih **
1 inci halia**
1/2 cawan air**
2 batang serai (diketuk)
5 helai daun limau purut (dikoyak)
2 sudu sos tomato
5 sudu makan kicap
3 sudu minyak masak
Garam jika perlu
Sedikit gula

- Bahan bertanda ** & * Kisar asing

  1.  Goreng ayam separuh masak. Jangan garing sangat. (Optional Atau boleh terus ikut no 2) 
  2.  Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan bertanda ** bersama serai dan masukkan bahan *.  Tumis sehingga wangi dan garing. 
  3.  Masukkan ayam dan kacau. Biarkan sehingga ayam lembut dan pecah minyak. 
  4.  Jika perlu dan inginkan masakan berkuah tambah air sedikit. 
  5.  Masukkan daun limau purut, sos tomato dan kicap.
  6.  Tambah gula sedikit (optional)Tak nak pon boleh.
  7.  Masakkan sehingga pecah minyak dan sedia untuk dihidang. 
Masa hidangan hampir masak, aku tambahkan cili merah dan juga bawang besar sebagai penyeri dan hiasan dalam hidangan. Sos tomato juga boleh digantikan dengan 3 biji tomato yang dikisar dengan cili.

Sambal Kicap Ayam

Aku juga nak pesan, kita tak pandai masak tak apa, janji kita rajin nak tengok buku resepi atau pun google resepi-resepi baru. Cuma jangan MALAS dan jadikan alasan tak pandai masak untuk tidak turun ke dapur. Aku pon tak pandai masak gak.. Tapi bila aku teringin nak masak aku google jer.. Kadang-kadang depan MIL tak kan nak tunjuk sangat yang kita dok google cara masak cover la sket kan? Hahaha....

Selamat mencuba uolsss.... 




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi