Tuesday, April 11, 2017

JIWA PENDIDIK

Assalamualaikum... hai =)

Lama tak jumpa kan? Untuk yang tak tahu aku dah lama bertukar bidang kerja dari menjadi Pengurus Kes yang uruskan pemulihan penagih dadah kepada pendidikan awal kanak-kanak senang cerita cikgu tadika hehe...

Dalam bidang ni sebenarnya aku belajar banyak perkara. Paling penting mengajar tentang kesabaran. Belajar bersabar untuk handle anak-anak yang macam-macam ragam tu tapi paling kena sabar nak layan ragam parents. #Ehhh =P

Memang cita-cita aku nak jadi cikgu dari kecil lagi dan Allah dah makbulkan cita-cita aku ni. Alhamdulillah.... Sepanjang menjadi guru tadika juga banyak ilmu yang aku dapat terutamanya dalam mendidik anak-anak. Aku juga rasa bertuah sangat walaupun Allah belum makbulkan doa kami untuk ada anak, tapi Allah memberi aku rezeki untuk menimba ilmu bagi mempersiapkan diri menjadi ibu nanti. Alhamdulillah... 

Insyaallah nanti aku cuba kongsikan sedikit sebanyak mengenai ilmu yang aku ada dalam mendidik kanak-kanak. tapi ada ke orang nak baca?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi